DUNIA
Program Makanan Sedunia PBB desak akses lebih pantas bantuan ke Gaza
WFP menggesa pelepasan dan akses yang lebih pantas di pintu masuk seperti Ashdod, Mesir, Jordan dan Tebing Barat. - Gambar/ Reuters
LONDON: Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Sabtu memaklumkan bahawa agensi itu sedang meningkatkan operasi bantuan di Semenanjung Gaza, menggesa agar proses pelepasan dan akses di pintu masuk dipercepatkan, ketika lebih 170,000 tan metrik bekalan makanan -- mencukupi untuk memberi makan seluruh penduduk selama tiga bulan -- menunggu untuk dihantar susulan gencatan senjata yang baru bermula.
Ringkasan AI
WFP berkata beribu-ribu tan makanan kini siap untuk dihantar atau sedang dalam perjalanan ke Gaza melalui Ashdod, Mesir, Jordan dan Tebing Barat, lapor Anadolu Ajansi.
Agensi PBB itu menegaskan bahawa peningkatan penghantaran bantuan memerlukan "penggunaan semua pintu masuk secara cepat dan berkesan, akses kemanusiaan yang selamat serta tanpa halangan, pemulihan infrastruktur dan kemudahan penyimpanan penting, serta kelulusan pelepasan yang lebih pantas di pelabuhan Ashdod."
WFP berkata pihaknya bersedia menyalurkan bantuan kepada sehingga 1.6 juta orang dalam tempoh tiga bulan pertama menerusi pengagihan roti, tepung gandum dan pakej makanan keluarga.
Ia turut merancang untuk memperluas sokongan kepada kedai roti daripada 10 kepada 30 lokasi, yang mampu menghasilkan 100,000 bungkus roti segar setiap hari.
Agensi itu juga akan meningkatkan bantuan kepada wanita hamil dan menyusu, serta memperluas skim bantuan pembayaran digital -- yang kini membantu 140,000 orang -- bagi membolehkan kumpulan terjejas membeli makanan.
"Walaupun berdepan pelbagai cabaran, WFP terus berusaha menyesuaikan operasinya," kata agensi itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Program Makanan Sedunia (WFP) sedang meningkatkan operasi bantuan di Gaza dengan lebih 170,000 tan metrik bekalan makanan sedia dihantar, cukup untuk keperluan seluruh penduduk selama tiga bulan, susulan gencatan senjata yang baru bermula.
- WFP menggesa pelepasan dan akses yang lebih pantas di pintu masuk seperti Ashdod, Mesir, Jordan dan Tebing Barat, serta pemulihan infrastruktur dan kemudahan penyimpanan bagi melancarkan penghantaran bantuan.
- Bantuan akan disalurkan kepada 1.6 juta orang termasuk pengagihan roti dan pakej makanan keluarga, sokongan kepada kedai roti dan bantuan khas kepada wanita hamil dan menyusu, serta peluasan skim pembayaran digital untuk kumpulan terjejas.