DUNIA
Proses pengundian PRU Jepun bermula
Seorang rakyat Jepun sedang membuang undi di sebuah pusat mengundi di Tokyo, 8 Feb 2026. (Foto AP)
TOKYO: Proses pengundian bagi pilihan raya umum (PRU) bermula di seluruh Jepun pada Ahad ketika Perdana Menteri Sanae Takaichi berusaha memperoleh mandat rakyat untuk meneruskan agenda dasar ekonomi dan keselamatannya bersama rakan gabungan baharu Parti Demokratik Liberal (LDP).
Di sebalik kebimbangan mengenai salji lebat di banyak kawasan yang mungkin menjejaskan peratusan keluar mengundi, Takaichi berhasrat memanfaatkan populariti peribadinya bagi memastikan gabungan diterajui LDP bersama Parti Inovasi Jepun (JIP) memperoleh majoriti dalam Dewan Perwakilan yang mempunyai 465 kerusi, lapor Kyodo News.
Takaichi, yang menjadi perdana menteri wanita pertama Jepun pada Oktober lalu, berikrar untuk "meletak jawatan serta-merta" jika gabungan partinya gagal memperoleh majoriti dalam dewan rendah yang berpengaruh itu.
Hampir 1,300 calon bersaing merebut 465 kerusi, dengan 289 diperuntukkan kepada kawasan undi tunggal dan 176 kerusi menerusi perwakilan berkadar.
Menurut Kyodo, meskipun Kabinet Takaichi menikmati penarafan sokongan yang tinggi, blok pemerintah sebelum ini hanya memiliki majoriti tipis dengan sokongan beberapa wakil rakyat Bebas.
Walaupun blok pemerintah berjaya mencapai sasaran memperoleh majoriti di dewan rendah, ia masih berdepan cabaran di Dewan Kaunselor atau dewan tinggi, apabila kekal sebagai minoriti, sekali gus memerlukan sokongan parti pembangkang bagi meluluskan sebarang rang undang-undang, tambahnya.
Tinjauan media menunjukkan kem pemerintah mendahului pihak pembangkang dengan jurang yang semakin melebar. Menjelang pilihan raya, LDP memiliki 198 kerusi manakala JIP 34 kerusi, manakala Perikatan Pembaharuan Sederhana mempunyai 167 kerusi.
-- BERNAMA