awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses peralihan sudah bermula - Joe Biden

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2020
00:30 MYT
Proses peralihan sudah bermula - Joe Biden
Joe Biden ketika berucap pada kempen pilihan raya presiden di Heinz Field, Pittsburgh, Pennsylvania, AS, 2 Nov, 2020. REUTERS
BAKAL Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden tegaskan tiada lagi yang boleh menghalangnya daripada menduduki White House.
Beliau kini meneliti calon berpotensi untuk dinamakan sebagai anggota Kabinet beliau.
Kenyataan ini menyusul keengganan Donald Trump mengaku kalah.
“Kami sudah memulakan proses peralihan. Kegagalan pentadbiran mengiktiraf ini, kemenangan kami tidak akan mengubah apa-apa.
“Kami mengumumkan sebelum ini kami akan meneruskan secara konsisten membina pasukan, untuk White House dan meneliti siapa yang akan dipilih bagi jawatan kabinet. Tiada yang akan menghentikan kami.
“Saya yakin, biarpun mereka enggan mengakui kemenangan kami ketika ini, ia bukan penyebab kepada gangguan rancangan kami dari sekarang sehingga 20 Januari depan,” kata Biden.
Proses peralihan secara rasmi hanya akan bermula selepas Perkhidmatan Pentadbiran Umum (GSP) mengesahkan pemenang mutlak Pilihan Raya Presiden.
Pengesahan itu tertunda kerana proses perundangan yang dilancarkan Trump.
Kegagalan pengesahan ini juga menyebabkan Demokrat tidak menerima dana persekutuan bagi proses peralihan, dan akses kepada agensi yang terlibat.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#pilihan raya
#presiden
#White House
#Joe Biden
#Donald Trump
#kabinet
#calon
#peralihan kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan