DUNIA
Protes di Los Angeles, Datuk Bandar mahu jumpa Trump
Bass menyuarakan hasrat untuk bertemu secara langsung dengan Presiden Trump berhubung situasi yang semakin tegang di bandar itu pada Rabu. - Foto REUTERS
LOS ANGELES: Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass, menyuarakan hasrat untuk bertemu secara langsung dengan Presiden Donald Trump berhubung situasi yang semakin tegang di bandar itu pada Rabu.
Beliau menegaskan bahawa krisis yang berlaku telah dicetuskan oleh pihak White House dan menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan bandar ini menjadi cabaran bagi kerajaan persekutuan.
"Kejadian ini dicetuskan oleh White House. Alasannya, kami tidak tahu. Saya berpendapat bahawa mungkin kami adalah sebahagian daripada eksperimen kebangsaan untuk menentukan sejauh mana kerajaan persekutuan boleh campur tangan dan mengambil alih kuasa daripada seorang gabenor, kuasa daripada pihak berkuasa tempatan, dan secara jujurnya, meninggalkan bandar serta penduduk kami dalam ketakutan," katanya.
Bass turut disertai beberapa Datuk Bandar dan pegawai terpilih dari kawasan Los Angeles, termasuk Datuk Bandar Paramount, Peggy Lemons.
Menurut Lemons, insiden serbuan oleh pihak Imigresen dan Kastam (ICE) di Home Depot pada 6 Jun telah mencetuskan gelombang protes dan ketidakstabilan sosial yang mana penduduk kini takut untuk keluar dari rumah, dan tempat-tempat awam.
Sebagai langkah keselamatan, Presiden Trump telah mengerahkan 4,000 anggota Pengawal Kebangsaan serta 700 anggota Marin ke kawasan berkenaan dan ditugaskan untuk melindungi bangunan kerajaan, pegawai kerajaan, serta membantu dalam operasi serbuan oleh ICE.
Mejar Jeneral Tentera Darat Amerika Syarikat, Scott Sherman, yang mengetuai pasukan tentera itu, menjelaskan bahawa anggota tentera tidak mempunyai kuasa untuk melakukan tangkapan, tetapi mereka akan menahan individu secara sementara sehingga pihak penguatkuasaan undang-undang dapat mengambil tindakan sewajarnya.