awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Protes Jakarta: Anggota polis terlibat kematian Affan akan dihukum - Prabowo

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
29/08/2025
06:35 MYT
Protes Jakarta: Anggota polis terlibat kematian Affan akan dihukum - Prabowo
Prabowo mahu tindakan tegas diambil sekiranya terbukti wujud pelanggaran prosedur dan undang-undang dalam insiden tersebut. - fotoREUTERS
KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memberi jaminan anggota polis yang terlibat dalam kematian Affan Kurniawan akan dihukum sewajarnya.

Ringkasan AI
  • Prabowo arah siasatan telus dan tindakan tegas terhadap anggota polis jika terbukti bersalah.
  • Prabowo turut meluahkan kekecewaan terhadap tindakan berlebihan pasukan keselamatan ketika mengawal demonstrasi baru-baru ini.
  • Gelombang demonstrasi di Jakarta bertukar ganas apabila berlakunya pertembungan antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan.

Memetik CNN Indonesia, Prabowo mahu tindakan tegas diambil sekiranya terbukti wujud pelanggaran prosedur dan undang-undang dalam insiden tersebut.
Prabowo turut mengarahkan siasatan dijalankan secara teliti dan telus, sambil meluahkan kekecewaan terhadap tindakan berlebihan pasukan keselamatan ketika mengawal demonstrasi baru-baru ini.
Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Affan dan menzahirkan rasa dukacita atas kejadian itu.
‘’Saya, atas nama peribadi dan atas nama Kerajaan Republik Indonesia, mengucapkan takziah dan menyampaikan rasa dukacita yang sedalam-dalamnya.
‘’Saya telah mengarahkan insiden malam tadi disiasat secara menyeluruh dan telus serta petugas-petugas yang terlibat mesti bertanggungjawab.
View this post on Instagram
A post shared by Presiden Republik Indonesia (@presidenrepublikindonesia)
‘’Sekiranya didapati mereka bertindak di luar batas dan peraturan yang ditetapkan, tindakan paling tegas akan diambil mengikut undang-undang,’’ jelas Prabowo.
Gelombang demonstrasi di Jakarta bertukar ganas apabila berlakunya pertembungan antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan.
Peserta protes melempar batu serta mercun, manakala pihak polis bertindak balas dengan gas pemedih mata dan meriam air.
Sehingga pagi Jumaat, beberapa lokasi di Jakarta, termasuk markas briged polis bergerak (BRIMOB) di kawasan Kwitang, Jakarta Pusat, dipercayai masih tegang.
Ia apabila ratusan penunggang e-hailing berhimpun menuntut keadilan atas kematian Affan, 21, yang dilaporkan maut dilanggar kenderaan taktikal polis ketika kekecohan berlaku.
Topic Berkaitan
#protes Jakarta
#Affan Kurniawan
#Prabowo Subianto
#Jakarta
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan