awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Protes merebak selepas Datuk Bandar parti pro-Kurdish diganti

Astro Awani
Astro Awani
03/04/2024
02:50 MYT
Protes merebak selepas Datuk Bandar parti pro-Kurdish diganti
Para peserta protes melempar mercun ke arah Polis sebagai serangan balas meriam air yang dikenakan ke atas mereka, manakala puluhan anggota keselamatan ditempatkan di sekitar kawasan protes. - Foto REUTERS
HAKKARI: Protes selepas pihak berkuasa Turki menghalang Datuk Bandar parti pro-Kurdish yang baru dipilih mengambil jawatannya merebak ke lebih banyak bandar di tenggara Turki sekali gus menimbulkan pergaduhan dengan pihak Polis pada Selasa.
Ratusan penduduk membanjiri jalanan di wilayah Batman membantah keputusan menggantikan Abdullah Zeydan dari parti pro-Kurdi DEM dengan calon mayor dari parti AK Presiden Tayyip Erdogan dalam pilihan raya pada Ahad.
Para peserta protes melempar mercun ke arah polis sebagai serangan balas meriam air yang dikenakan ke atas mereka, manakala puluhan anggota keselamatan ditempatkan di sekitar kawasan protes, Hakkari.
Turki telah mengambil tindakan tegas terhadap gerakan politik pro-Kurdi sejak musnah proses perdamaian pada tahun 2015 untuk mengakhiri pemberontakan berusia beberapa dekad, dengan menuduh mempunyai hubungan dengan pemberontak Kurdi.
Sementara itu, gerakan tersebut menafikan tuduhan tersebut tetapi telah dilaksanakan ribuan penahanan manakala datuk bandar digantikan oleh pegawai kerajaan selepas pilihan raya sebelum ini.
Tahun lalu, DEM ditubuhkan bagi menggantikan parti yang berdepan kemungkinan penutupan dalam perbicaraan berhubung dakwaan disyaki memiliki hubungan dengan pemberontak tersebut.
Topic Berkaitan
#Turki
#pilihan raya
#Pro Kurdish
#Presiden Tayyip Erdogan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan