Permainan telefon pintar yang membolehkan pengguna menyertai protes pro-demokrasi Hong Kong kini menjadi popular dalam kalangan penunjuk perasaan dan komuniti pemain video.
Aplikasi Android percuma bernama "Yellow Umbrella" telah dimuat turun sebanyak lebih 40,000 kali sejak ia dilancarkan di Google Play pada Isnin, kata syarikat pembangunnya Awesapp. Ia masih menunggu kelulusan untuk ditawarkan dalam platform Apple.
Permainan itu bagaimanapun tidak wujud dalam gedung maya Google bagi pengguna di China.
Dalam permainan tersebut, pemain ditempatkan di kawasan halangan dan mereka perlu bertahan daripada para pegawai polis yang bersenjatakan gas pemedih mata serta samseng kongsi gelap.
Pemain perlu menyusun strategi untuk berdepan Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying yang memakai kostum serigala.
Dalam aplikasi permainan "Yellow Umbrella", Chun-ying dilihat mengangguk pada gelaran ejekan terhadap panggilan namanya yang dalam bahasa Kantonis berbunyi hampir sama dengan perkataan ‘serigala’.
Bersesuaian dengan tunjuk perasaan bersifat aman yang diketuai kumpulan pelajar, para pemain "Yellow Umbrella" tidak boleh menyerang 'musuh' sebaliknya hanya mempertahankan diri menggunakan payung, colok dan buah durian.
"Saya bukan sahaja membangunkan permainan untuk suka-suka, malah sebagai tanda sokongan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam protes. Ini membuktikan bahawa mereka mengutamakan keamanan dalam mendesak pilihan raya yang bebas," kata penciptanya, Fung Kam-keung, 31.
Permainan yang dibangunkan selama lima hari sahaja itu menerima maklum balas positif daripada pengguna. Rata-rata mereka mengesyorkan orang ramai memuat turun permainan tersebut sebagai tanda sokongan kepada perjuangan pelajar-pelajar.
Para penunjuk perasaan telah menghadang jaringan jalan raya dan membuat perarakan besar-besaran di tengah-tengah bandar raya tersebut selama sebulan. Ia berikutan tindakan Beijing yang menyaring calon kepimpinan Hong Kong untuk pilihan raya tahun 2017.
Semalam, para pemimpin pelajar membuat pungutan suara di kem penunjuk perasaan untuk mengumpul pendapat umum sama ada untuk menerima tawaran pemerintah Hong Kong bagi menyampaikan surat aduan kumpulan protes ke pemerintah pusat China.
Para penunjuk perasaan juga mendesak peletakan jawatan Chun-ying yang disifatkan sebagai pro-Beijing.
AFP
Mon Oct 27 2014
Pengasas dan Ketua Eksekutif Awesapp, Fung Kam-keung memegang telefon pintar yang telah dimuat turun aplikasi permainan rekaan Yellow Umbrella. foto AFP/Nicolas Asfouri
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
Google Gemini kini boleh ingat minat anda untuk maklum balas lebih relevan
Ini menjadikan Gemini lebih diperibadikan mengikut setiap pengguna seakan pembantu maya sebenar yang turut boleh berbual secara semula jadi.
Arc Search untuk Android kini stabil, pelayar web AI dengan penghalang iklan terbina
Arc Search turut terkenal sebagai pelayar web yang mempunyai penghalang iklan yang cukup agresif dan stabil.
Android 16 akan dilancarkan lebih awal pada Q2 2025
Ini akan menjadikannya pelancaran sistem operasi paling awal pernah dilakukan sejak Android 4 Jelly Bean yang dilancarkan pada Julai 2012.
HarmonyOS Next akan ditawarkan bermula minggu ini di China
Sistem operasi HarmonyOS Next ini akan ditawarkan untuk pengguna Mate 60, Mate X5 dan juga tablet MatePad Pro 13.2 di China terlebih dahulu.
Anda kini boleh cari sesuatu dengan merakam video guna Google Lens
Teknologi ini menggunakan Gemini untuk memberikan maklum balas yang pantas dan membantu dalam carian video.
Pelayar web AI popular iOS 'Arc' akan ke Android
Arc adalah pelayar web yang mementingkan ketenangan kerana semua elemen pada aplikasi ini adalah minimalis.
Google Essentials mudahkan aplikasi Google dipasang pada PC Windows
Idea aplikasi ini adalah untuk pengguna Windows yang menggunakan peranti Android menikmati ciri ekosistem seakan iPhone dan Mac.
Jam Wear OS mula menyokong Google Maps secara luar talian
Ciri ini ditemui oleh 9to5Google melalui aplikasi Google Maps versi 11.140.0701.W pada Pixel Watch 2.
YouTube uji paparan palang bawah baharu
Rekaan ini menjadikan paparan video YouTube terlihat lebih menyeluruh pada skrin dan sekali gus memaksimumkan kawasan skrin untuk paparan video.
AS ingin haramkan pula perisian China pada kenderaan swapandu
Pengeluar kenderaan selepas ini perlu mengesahkan kenderaan yang dikeluarkan tidak mempunyai perisian daripada entiti asing yang membimbangkan sebelum dibenarkan beroperasi.