DUNIA
Protes sokong rakyat Iran berlangsung di London, Paris dan Istanbul
Penunjuk perasaan dan aktivis mengibarkan bendera kebangsaan Iran pra-revolusi ketika perhimpunan solidariti bersama rakyat Iran di tengah gelombang protes anti-kerajaan yang melanda negara itu, di Paris pada Ahad. - Gambar Reuters
LONDON: Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di beberapa bandar utama dunia termasuk London, Paris dan Istanbul bagi menyatakan sokongan terhadap demonstrasi besar-besaran di Iran.
Di London, perhimpunan bermula di hadapan Kedutaan Iran sebelum beralih ke kediaman rasmi Perdana Menteri Britain di Downing Street dengan jumlah peserta meningkat kepada ribuan menjelang petang.
“Kami mahu revolusi, tukar rejim,” kata Afsi, seorang warga Iran berusia 38 tahun kepada AFP.
Sebahagian penunjuk perasaan mengibarkan bendera Iran pra-revolusi, manakala ada yang membawa bendera dengan logo Pertubuhan Mujahidin Rakyat Iran (PMOI), kumpulan pembangkang berpangkalan di Albania yang dikeluarkan daripada senarai organisasi pengganas asing Amerika Syarikat (AS) pada 2012.
Ramai peserta turut memegang plakad bertulis “No to Shahs (raja), no to mullahs (ulama)”, sementara ada yang memaparkan gambar Reza Pahlavi, anak kepada Shah Iran terakhir.
“Rakyat Iran tidak meghentikan protes. Mereka terus turun ke jalan, malah semakin kuat,” kata Leila Jazayeri, Ketua Persatuan Wanita Anglo-Iran di UK kepada Reuters.
Seorang lagi penunjuk perasaan yang dikenali sebagai Azadeh berkata, perubahan demokratik perlu datang dari dalam negara.
“Rakyat Iran sekali lagi bangkit. Kerajaan Barat perlu menyatakan sokongan mereka terhadap rakyat Iran dan protes yang sedang berlangsung di seluruh negara. Rakyat Iran benar-benar mahu melihat sokongan itu sebelum mereka boleh bergerak lebih jauh,” katanya.
Sementara itu, di Paris, lebih 2,000 peserta mengibarkan bendera Iran pra-1979 sambil melaungkan sokongan kepada rakyat di tanah air.
“Apa yang berlaku di Iran adalah kebangkitan rakyat. Kami di luar Iran mahu tunjuk mereka tidak bersendirian,” kata Arya, pelajar Iran berusia 20 tahun yang menetap di Paris.
Di Istanbul pula, penunjuk perasaan berkumpul dalam hujan lebat di luar Konsulat Iran.
Polis mengawal ketat kawasan berkenaan dan menghalang orang ramai menghampiri bangunan diplomatik.
“Kami sudah 72 jam tidak mendapat sebarang berita dari negara, dari keluarga kami. Tiada internet, tiada televisyen, kami tidak dapat hubungi Iran lagi,” kata Nina, warga Iran yang menetap di Turkiye, sambil memegang bendera Iran dan melukis simbol titisan air mata merah pada wajahnya. - Agensi