Beribu-ribu penyokong kemerdekaan Catalan berarak di Barcelona pada Ahad bagi menuntut pembebasan bekas presiden Catalonia, Carles Puigdemont.

Perarakan itu bermula di Pasei de Gracia dan berakhir secara aman di konsulat Jerman.

Puigdemont melarikan diri dari Sepanyol Oktober lalu berikutan pengisytiharan kemerdekaan secara haram oleh rantau itu.

Beliau ditahan pada Ahad oleh polis Jerman ketika memasuki Denmark.

Bekas ketua negara itu dalam perjalanan dari Finland ke Belgium di mana beliau tinggal sendirian sejak kegagalan pengisytiharan kemerdekaan Catalan.

Sepanjang perarakan itu, penunjuk perasaan menuntut pembebasan 'tahanan politik' dan berjanji untuk terus berjuang bagi kemerdekaan rantau itu daripada Sepanyol.

Sementara itu, di Barcelona pada Ahad, polis menyerang penunjuk perasaan dengan cota dan menghalang orang ramai yang cuba berarak ke pejabat wakil kerajaan Sepanyol di Catalonia.

Pegawai polis Catalan menyekat jalan dan mengeluarkan amaran bagi orang ramai supaya tidak berkumpul.