awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU2025 Singapura: Kempen tamat tengah malam, tempoh bertenang bermula

Bernama
Bernama
01/05/2025
08:38 MYT
PRU2025 Singapura: Kempen tamat tengah malam, tempoh bertenang bermula
Tempoh bertenang memberi ruang dan masa kepada pengundi untuk menilai secara rasional isu-isu yang dibangkitkan sepanjang kempen. - Reuters
SINGAPURA: Semua bentuk kempen bagi Pilihan Raya Umum Singapura 2025 (PRU2025) akan dihentikan bermula tengah malam Jumaat (12 tengah malam, 2 Mei) seiring dengan bermulanya tempoh bertenang, menurut Jabatan Pilihan Raya Singapura (ELD).
Tempoh itu akan berlanjutan sehingga tamat proses pengundian pada 3 Mei.
"Tempoh bertenang memberi ruang dan masa kepada pengundi untuk menilai secara rasional isu-isu yang dibangkitkan sepanjang kempen pilihan raya sebelum mengundi," menurut kenyataan ELD pada Khamis.
Sepanjang tempoh itu, sebarang bentuk iklan pilihan raya baharu -- ditakrifkan sebarang maklumat yang munasabah untuk dianggap mempromosi, menyokong, atau menjejaskan kejayaan mana-mana calon, kumpulan calon atau parti politik -- adalah dilarang untuk dipamer atau diterbitkan secara umum.
Antara aktiviti kempen dan iklan pilihan raya yang dilarang termasuk berkongsi, menyebar semula, menyiarkan semula atau meningkatkan capaian iklan pilihan raya dalam talian (OEA); aktiviti merayu undi; lawatan mesra; serta kunjungan dari rumah ke rumah.
Larangan turut merangkumi penganjuran perhimpunan umum, "e-rally", siaran langsung berkaitan pilihan raya serta pemakaian atau penggunaan sebarang bahan kempen.
Hanya calon sahaja dibenarkan memakai lambang parti yang diperuntukkan kepada mereka.
Penerbitan tinjauan pilihan raya atau exit poll sepanjang tempoh pilihan raya -- dari pengeluaran Writ sehingga tamat pengundian -- juga tidak dibenarkan.
Bagaimanapun, laporan media berkaitan isu pilihan raya dikecualikan daripada larangan ini.
Pengecualian lain termasuk iklan yang disiarkan sebelum hari bertenang serta komunikasi bersifat peribadi seperti perkongsian kandungan pilihan raya dalam kumpulan tertutup atau sembang keluarga.
ELD turut mengingatkan calon dan penyokong mereka agar menjaga tingkah laku di khalayak ramai dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh ditafsir sebagai berkempen.
"Calon masih dibenarkan menghadiri majlis keagamaan, perjumpaan atau program berkaitan kerja, tertakluk kepada larangan umum terhadap aktiviti kempen dan iklan pilihan raya semasa tempoh bertenang," menurut kenyataan itu lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#Singapura
#tempoh bertenang
#pengundi
#politik Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan