DUNIA
"Pulangkan Bagram atau sesuatu yang buruk akan berlaku" - Trump ancam Afghanistan
Askar Afghanistan berkawal di sebuah sekatan jalan raya di luar pangkalan udara AS Bagram, pada hari terakhir tentera Amerika mengosongkannya, di wilayah Parwan, Afghanistan, pada 2 Julai 2021. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengancam Afghanistan dengan hukuman yang tidak dinyatakan sekiranya negara yang kini dikuasai Taliban itu enggan “memulangkan semula Pangkalan Udara Bagram.”
“Jika Afghanistan tidak menyerahkan semula Pangkalan Udara Bagram kepada pihak yang membinanya, iaitu Amerika Syarikat, SESUATU YANG BURUK AKAN BERLAKU!!!” tulis Trump yang berusia 79 tahun di platform Truth Social pada Sabtu.
Ancaman yang kurang jelas itu dibuat hanya beberapa hari selepas beliau menyuarakan hasrat agar AS mengambil semula kawalan ke atas pangkalan tersebut ketika lawatan negara ke United Kingdom.
Bagram, pangkalan udara terbesar di Afghanistan, sebelum ini menjadi pusat utama operasi peperangan yang diketuai AS menentang Taliban, yang pemerintahannya digulingkan Washington selepas serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat.
Kemudahan berskala besar itu turut menjadi tumpuan Amnesty International, Human Rights Watch dan beberapa pertubuhan lain berhubung dakwaan pencabulan hak asasi manusia secara sistematik oleh tentera AS, khususnya melibatkan tahanan dalam konteks “Perang Menentang Keganasan.”
Trump sebelum ini kerap meluahkan rasa kesal atas kehilangan akses ke Bagram, sambil menekankan kedudukannya yang berhampiran dengan China.
Namun, pada Khamis lalu beliau buat kali pertama mengakui secara terbuka sedang berusaha mendapatkan semula pangkalan tersebut.
“Kami sedang cuba mendapatkannya kembali. Itu mungkin satu berita tergempar. Kami mahu menguasainya semula kerana mereka (Afghanistan) memerlukan sesuatu daripada kami,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Britain, Keir Starmer.
Tentera AS dan NATO sebelum ini berundur secara tergesa-gesa dari Bagram pada Julai 2021 sebagai sebahagian daripada perjanjian damai yang dirundingkan Trump, ketika Taliban kembali bangkit menguasai sebahagian besar Afghanistan sebelum akhirnya mengambil alih keseluruhan negara.
Sejak kembali berkuasa, Trump berulang kali mengkritik kehilangan pangkalan itu sambil mengaitkannya dengan kecaman terhadap cara pengunduran yang dikendalikan oleh pendahulunya, Joe Biden.
Trump juga sebelum ini menzahirkan kebimbangan mengenai pengaruh China yang semakin meningkat di Afghanistan. - Agensi