DUNIA

Puluhan cedera selepas dua kereta api bertembung di Slovakia

Bernama 10/11/2025 | 01:55 MYT
Keadaan di lokasi kejadian di mana dua kereta api bertembung di Pezinok, Slovakia, 9 Nov 2025. REUTERS
ISTANBUL: Dua kereta api bertembung di barat Slovakia pada Ahad, menyebabkan puluhan penumpang cedera, menurut polis.

Kemalangan berlaku di landasan kereta api antara ibu kota Bratislava dan bandar Pezinok, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial Facebook, polis Slovakia berkata pasukan kecemasan dan pegawai bergegas ke lokasi sejurus selepas kejadian.

Laporan awal menunjukkan tiada kereta api yang tergelincir selepas pelanggaran itu, menurut kenyataan berkenaan.

Perkhidmatan kereta api di kedua-dua arah digantung dan bas dihantar ke lokasi untuk memindahkan penumpang.

Menurut laporan media tempatan yang memetik Kementerian Dalam Negeri, seramai 11 orang yang cedera dalam kemalangan itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

-- BERNAMA

#Slovakia #kereta api bertembung #penumpang cedera #landasan kereta api