WASHINGTON: Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) memaklumkan bahawa tentera AS terus menguatkuasakan sekatan laut terhadap pelabuhan‑pelabuhan Iran, sekali gus menghalang kapal daripada memasuki atau keluar dari perairan negara itu.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform X, CENTCOM berkata pasukan AS telah mengarahkan 38 buah kapal supaya berpatah balik atau kembali ke pelabuhan.
Advertisement
“Pasukan AS telah mengarahkan 38 kapal untuk berpatah balik atau kembali ke pelabuhan,” menurut kenyataan itu.
Sekatan berkenaan merupakan sebahagian daripada langkah keselamatan maritim yang berterusan di tengah ketegangan geopolitik serantau dan kebimbangan terhadap gangguan kepada laluan perkapalan antarabangsa.
CENTCOM bagaimanapun tidak memberikan perincian lanjut mengenai jenis kapal yang terlibat atau tempoh sekatan tersebut.