Puluhan maut, cedera dalam pengeboman Israel ke atas sebuah sekolah di Gaza

Bernama
November 4, 2023 05:41 MYT
Kemudahan itu menjadi tempat perlindungan ribuan penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal akibat konflik di Gaza. -Reuters
GAZA: Tentera penceroboh Israel pada Jumaat malam mengebom sebuah sekolah Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di kawasan al-Saftawy, utara Semenanjung Gaza.
Kemudahan itu menjadi tempat perlindungan ribuan penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal akibat konflik di Gaza.
Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan pesawat pejuang Israel mengebom Osama Bin Zaid School, membunuh dan mencederakan berpuluh-puluh orang.
Rakaman video dan foto menunjukkan mayat-mayat mangsa berkecai akibat serangan udara itu.
Menurut beberapa sumber tempatan, tentera Israel secara langsung menyasarkan sekolah itu, ketika ribuan orang berada di dalam bangunan berkenaan.
-- BERNAMA
#Osama Bin Zaid School #Israel bom sekolah #UNRWA #al-Saftawy