Apa Anda Dapat daripada Belanjawan 2026? Semak Di Sini!
DUNIA

Puluhan ribu sertai perhimpunan aman di Australia sokong keamanan Palestin

Astro Awani 13/10/2025 | 01:30 MYT
Orang ramai mula berarak semasa perhimpunan aman di Sydney, Australia. - Foto AP
SYDNEY: Puluhan ribu rakyat Australia turun ke jalan raya pada Ahad dalam siri perhimpunan aman di seluruh negara, menyuarakan sokongan terhadap keamanan di Palestin dan menggesa penamatan pendudukan Israel di Gaza dan Tebing Barat.


Ringkasan AI
  • Puluhan ribu rakyat Australia sertai perhimpunan aman sokong Palestin, dengan lebih 30,000 peserta membanjiri pusat bandar Sydney dan 27 lokasi lain.
  • Peserta gesa penamatan pendudukan Israel dan persoal keberkesanan gencatan senjata, sambil melaungkan slogan "Bebaskan Palestin".
  • Perhimpunan berlangsung aman tanpa tangkapan, dengan demonstrasi serupa turut diadakan di London, Berlin dan bandar Eropah lain sebagai tanda solidariti global.


Menurut kumpulan penganjur Palestine Action Group, lebih 30,000 peserta menyertai perarakan utama di daerah perniagaan Sydney, selepas mahkamah menghalang rancangan awal untuk berhimpun di Sydney Opera House.

Sebanyak 27 demonstrasi berlangsung serentak di bandar-bandar lain termasuk Melbourne, Brisbane dan Adelaide.

Para peserta membawa bendera Palestin dan melaungkan slogan “Bebaskan Palestin”, sambil menyatakan keraguan terhadap keberkesanan gencatan senjata yang baru dimeterai antara Israel dan Hamas.

“Walaupun gencatan senjata dilaksanakan, pendudukan dan diskriminasi sistemik masih berterusan,” kata Amal Naser, salah seorang penganjur di Sydney.

Tiada tangkapan dilaporkan, dan perhimpunan berlangsung secara aman.

Di samping Australia, demonstrasi serupa turut diadakan di beberapa bandar utama Eropah, termasuk London dan Berlin, menunjukkan solidariti global terhadap rakyat Palestin.






#Perhimpunan Aman #Palestin #Israel #Gaza