awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, meningkat daripada mata wang utama
Kekayaan sumber asli tidak menjamin kemakmuran negara - Penganalisis
Amaran rebut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Punca kemalangan babitkan Tiger Woods dikenal pasti

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2021
04:01 MYT
Punca kemalangan babitkan Tiger Woods dikenal pasti
Keadaan kereta Tiger Woods selepas kemalangan pada 23 Februari 2021. - Foto fail
LAPORAN terperinci berkenaan kemalangan membabitkan pemain golf terkemuka Tiger Woods hanya akan didedahkan jika bekas pemain No. 1 dunia itu memberi kebenaran kepada polis untuk berbuat demikian.
Punca kemalangan telah dikenal pasti dan siasatan telah ditamatkan, kata pegawai polis daerah Los Angeles, Alex Villanueva.
Woods, 45, memerlukan pembedahan pada kaki kanan dan pergelangan kaki susulan insiden terbabit pada 23 Februari.
"Kami telah meniliti kandungan kotak hitam kereta terbabit dan siasatan telah ditamatkan.
"Namun kami tidak boleh mendedahkan laporan tersebut tanpa persetujuan individu yang terlibat dalam insiden berkenaan," kata Villanueva kepada portal berita BBC.
Dalam kejadian itu, Woods ditemui tidak sedarkan diri dan muka serta dagunya berlumuran darah.
Polis Los Angeles berkata, tiada bukti Woods dibawah pengaruh alkohol atau dadah ketika itu.
Tambah Villanueva, pihak polis telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Woods dan pembantu peribadina namun mereka masih menunggu jawapan.
"Kami akan meminta beliau memberi kebenaran untuk mendedahkan laporan tersebut," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Tiger Woods
#kemalangan
#siasatan
#alkohol
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan