[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Punca kematian Chavez disiasat

Astro Awani 11/03/2013 | 23:21 MYT
Presiden Bolivia, Evo Morales menggesa agar siasatan dijalankan bagi mencari punca kematian Presiden Venezuela, Hugo Chavez.
Gesaan itu dibuat selepas berucap di Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB di Vienna.
Menurut Morales, beliau yakin, kematian Chavez bukan secara semulajadi sebaliknya mendiang mungkin dibunuh.
Beliau sependapat dengan pemangku Presiden Venezuela, Nicolas Maduro.
Morales berkata, Chaves masih terlalu muda untuk mati.
Chavez, 58 tahun meninggal dunia selasa lepas selepas dua tahun melawan kanser.
#Bolivia #Evo Morales #Hugo Chavez