DUNIA

Purata jangka hayat di China capai 79 tahun

Bernama 02/12/2025 | 20:00 MYT
Laporan itu juga mendedahkan yang institusi perubatan China mengendalikan 10.15 bilion lawatan pesakit pada 2024. - Gambar hiasan/Freeimages.com
BEIJING: Purata jangka hayat di China mencapai 79 tahun pada 2024, menurut laporan yang dikeluarkan pada Selasa oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, lapor Xinhua.


Ringkasan AI
  • Purata jangka hayat di China mencapai 79 tahun pada 2024, menurut laporan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.
  • Kadar kematian ibu menurun kepada 14.3 bagi setiap 100,000 dan kadar kematian bayi menurun kepada 4 bagi setiap 1,000.
  • Institusi perubatan China mengendalikan 10.15 bilion lawatan pesakit pada 2024, menunjukkan peningkatan kapasiti perkhidmatan dan kecekapan yang bertambah baik.


Buletin statistik kesihatan negara bagi 2024 menyerlahkan peningkatan berterusan dalam kesihatan ibu dan anak, dengan kadar kematian ibu menurun kepada 14.3 bagi setiap 100,000 dan kadar kematian bayi menurun kepada 4 bagi setiap 1,000.

Sumber penjagaan kesihatannya terus berkembang dengan stabil. Menjelang akhir 2024, negara itu mempunyai 1,093,551 institusi perubatan dan kesihatan iaitu peningkatan sebanyak 22,766 daripada tahun sebelumnya. Bilangan profesional kesihatan mencecah 13.02 juta - 531,000 orang, lebih daripada 2023.

Laporan itu juga mendedahkan yang institusi perubatan China mengendalikan 10.15 bilion lawatan pesakit pada 2024, peningkatan sebanyak 600 juta daripada tahun sebelumnya, mencerminkan kedua-dua kapasiti perkhidmatan yang diperluaskan dan kecekapan yang bertambah baik.

Kemajuan, terutamanya, dicapai dalam mengawal kos perubatan. Purata kos rawatan pesakit yang menginap di hospital ialah 9,870 yuan (US$1,394.2) pada 2024, turun 4.3 peratus daripada 2023 pada harga semasa dan 4.5 peratus selepas pelarasan inflasi. Lawatan pesakit luar secara purata menelan kos 361 yuan (US$51) tahun lepas, menurun 0.2 peratus pada harga semasa dan 0.4 peratus dalam nilai sebenar.

-- BERNAMA



#Inflasi #jangka hayat #kos rawatan #kadar kematian