Sekurang-kurangnya dua maut manakala 16 lagi cedera dalam satu kebakaran di sebuah pusat beli-belah di bangunan Central World Complex di Bangkok, Thailand.
Bangunan Central World Complex yang mempunyai pusat beli-belah, pejabat dan hotel, ditutup buat sementara waktu, kata operator bangunan terbabit, Central Pattana.
Sebelum ini, Gabenor Bangkok Assawin Kwanmuang memberitahu tiga orang maut; seorang di tempat kejadian sementara dua lagi di hospital.
Laporan video media tempatan menunjukkan seorang mangsa terjun dari bangunan berkenaan.
Menurut pihak bomba, kebakaran bermula di bilik simpanan dokumen di tingkat lapan.
Bomba memberitahu api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam masa satu jam. Namun punca kebakaran masih dalam siasatan.
Central World merupakan antara beberapa bangunan di Bangkok yang dibakar penunjuk perasaan semasa demonstrasi anti-kerajaan pada 2010.
Kebakaran itu berlaku di lokasi tarikan pelancong, hanya beberapa hari sebelum cuti Songkran dari 13 April hingga 15 April.
Agensi
Wed Apr 10 2019

Pihak bomba berjaya memadamkan api sepenuhnya dalam masa satu jam. - REUTERS

Sesi sekolah 8 pagi bukan keutamaan setakat ini - Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan sesi persekolahan bermula jam 8 pagi bukan keutamaan Kementerian Pendidikan buat masa ini.

10 terbunuh dalam dua kejadian tembakan di Afrika Selatan
Sepuluh orang terbunuh selepas lelaki bersenjata menyerbu dua pekan di wilayah Cape, Afrika Selatan, menurut polis pada Khamis.

Kes 1MDB: Ashok cadang tutup akaun Najib sebab tidak selesa - Saksi
Saksi memberitahu mahkamah bahawa cadangan untuk menutup akaun bank Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat oleh bekas pengarah urusan kumpulan bank, R Ashok.

AirAsia X rancang tambah lebih banyak penerbangan ke Busan menjelang akhir tahun
AirAsia X merancang untuk mengadakan tujuh penerbangan ke Busan setiap minggu menjelang akhir tahun bagi mengukuhkan kedudukannya di Korea Selatan.

Lebih 1,000 mangsa banjir masih ditempatkan di PPS petang ini
Seramai 1,446 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri, setakat 2 petang tadi.

Rais saran wujudkan kawasan warisan 'Dunia Melayu' di Kuala Lumpur
DBKL disaran mewujudkan satu kawasan khusus warisan 'Dunia Melayu' yang mengandungi segala elemen aspek kehidupan mencerminkan seni budaya tinggi dan warisan Melayu.

MOT cadang bas perantara dari KL Sentral ke Parlimen elak kesesakan
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, hasrat itu telah dinyatakan kepada Speaker serta Prasarana untuk menggunakan bas Rapid KL sepanjang berlangsungnya sidang Parlimen.

Guna nama tokoh terkenal, rugi sehingga RM4.6 juta masuk aplikasi e-ganjaran
Ramai terpedaya selepas menyertai skim penipuan aplikasi e-ganjaran (ganjaran dalam talian) yang menawarkan baucer sehingga 50 peratus sejak 2018.

AS-China | Pentagon dakwa belon pengintip China di ruang udara AS
Amerika Syarikat sedang memantau belon pengintip yang disyaki milik China yang berada di ruang udara di negeri Montana. Menurut Pentagon, pihaknya sedang menjejaki pergerakan belon tersebut yang disahkan masih berada di ruang udara di kawasan tersebut.

Belanjawan 2023 dijangka berasaskan kepada keadaan semasa ekonomi - Bank Dunia
Belanjawan 2023 yang dijadual dibentangkan semula pada 24 Feb ini dijangka berasaskan kepada keadaan semasa ekonomi domestik dan juga global.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Skuad Gergasi Merah akan terbang ke negara jiran itu dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari depan.

Kim Swee uji kemampuan tiga import baharu di Thailand
Kim swee berkata, kesebelasan utamanya akan berangkat ke Bangkok pada 27 Januari ini, bagi melayani kunjungan kelab dari Korea, Thailand dan Denmark.

Keadaan Puteri Bajrakitiyabha masih tidak sedarkan diri
Puteri raja itu sedang menerima rawatan berkaitan 'jantung, paru-paru dan buah pinggang'.

Jack Ma dilihat berada di Bangkok
Pengasas Kumpulan Alibaba Jack Ma dilihat berada di Bangkok pada minggu ini dan bertemu dengan chef terkemuka dan juara Muay Thai.

SEDC, Lembaga Kemajuan Bintulu pertimbang usaha sama import simen dari Thailand
Lawatan ke ibu pejabat SCG dibuat dengan matlamat untuk mengimport antara 500,000 dan satu juta tan metrik simen setahun mulai 2023.

BRN-Bangkok bincang hala tuju Perjanjian Damai Berasaskan Inisiatif Berlin
BRN dan Kerajaan Thailand sedang menggubal perjanjian damai berasaskan Prinsip-Prinsip Am Proses Dialog Damai yang dipersetujui pada 31 Mac 2020.

20 juta pelancong dijangka lawat Thailand, jana pendapatan AS$64.5 bilion
TAT memaklumkan kerajaan itu dijangka menjana pendapatan melalui sektor pelancongan antarabangsa sebanyak 1.5 trilion baht tahun depan.

Kenduri monyet Lopburi meriah, bantu tingkat pelancongan Thailand
Festival pesta tahunan monyet telah berlangsung meriah di Bangkok Thailand.

Jelajah Dunia Akhir BWF bertukar venue dari Guangzhou ke Bangkok
Nimibutr Arena di Bangkok, Thailand merupakan venue baharu bagi Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022, yang sebelum ini dijadualkan di Guangzhou, China.

Dua syarikat penerbangan Thailand paling tepati masa
Dua syarikat penerbangan Thailand dinobatkan antara yang paling menepati masa di dunia pada September lalu.