DUNIA
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Pada Jun 2025, Perhimpunan Kebangsaan Vietnam telah meluluskan resolusi mengenai penubuhan Pusat Kewangan Antarabangsa di Bandaraya Ho Chi Minh dan Bandaraya Da Nang. - Foto VPG
HANOI: Pusat Kewangan Antarabangsa (IFC) Vietnam dilancarkan pada Jumaat di Da Nang, berfungsi sebagai hab kewangan antarabangsa yang menghubungkan ekosistem inovasi, teknologi digital dan kewangan mampan, lapor Xinhua memetik laporan VnEconomy pada Sabtu.
IFC itu dijangka menjadi medan ujian terkawal bagi model kewangan baharu serta merintis penggunaan dan pengembangan produk aset digital, pembayaran digital, serta platform dagangan dan bursa khusus.
Menurut laporan itu, pusat yang terletak di Da Nang berkenaan meliputi kawasan seluas kira-kira 300 hektar dan mempunyai zon pelbagai fungsi.
Pada Jun 2025, Perhimpunan Kebangsaan Vietnam telah meluluskan resolusi mengenai penubuhan Pusat Kewangan Antarabangsa di Bandaraya Ho Chi Minh dan Bandaraya Da Nang, menurut Agensi Berita Vietnam.
--BERNAMA- XINHUA