awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat mengundi dibuka di dua negeri timur Jerman

Bernama
Bernama
01/09/2024
20:45 MYT
Pusat mengundi dibuka di dua negeri timur Jerman
Poster kempen pilihan raya memaparkan wajah calon parti CDU, Mario Voigt dan Sahra Wagenknecht dari Sahra Wagenknecht Alliance kelihatan di Jena, Jerman, 13 Ogos 2024. (Foto AP)
BERLIN: Pusat mengundi dibuka pada Ahad bermula 8 pagi (0600 GMT) bagi membolehkan pengundi membuang undi dan menentukan keseimbangan kuasa di dua negeri timur Jerman, Thuringia dan Saxony.
Pilihan raya parlimen negeri ini, yang masing-masing mempunyai kuasa yang besar ke atas hal ehwal wilayah, boleh memberi kesan di seluruh negara.
Pusat mengundi di kedua-dua negeri akan dibuka sehingga 6 petang.
Tumpuan utama adalah pada prestasi parti sayap kanan Alternatif untuk Jerman (AfD), yang berkemungkinan menjadi parti terkuat dalam pilihan raya negeri buat kali pertama.
Sementara itu, tiga parti dalam gabungan nasional Canselor Olaf Scholz yang sering bertelagah dan tidak popular, dijangka mencatat keputusan lebih buruk, yang boleh memperdalam perpecahan dalam kalangan menteri, dengan setahun lagi sebelum pilihan raya parlimen peringkat nasional yang dijadual pada September 2025.
Tinjauan sebelum pilihan raya Ahad menunjukkan AfD mendahului dengan jelas di Thuringia dan ketinggalan tipis di belakang Demokrat Kristian (CDU) di Saxony.
Pemimpin AfD yang berpengaruh di Thuringia, Bjorn Hocke, bekas guru sejarah, disabitkan kesalahan dan didenda dua kali tahun ini kerana menggunakan slogan Nazi yang diharamkan. Beliau masih menghadapi satu lagi kes jenayah yang belum selesai atas dakwaan menghasut.
Perisikan domestik mengkategorikan AfD di Thuringia dan Saxony sebagai kumpulan pelampau sayap kanan dan sedang memantau parti itu sebagai kumpulan pelampau yang disyaki di Brandenburg dan peringkat nasional.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#imbangan kuasa
#Jerman
#Pilihan Raya Parlimen
#AfD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan