DUNIA
Pusingan baharu rundingan damai Ukraine-Rusia pada Rabu di Turkiye - Zelenskyy
Zelenskyy turut menyebut koordinasi berterusan dengan pentadbiran Presiden Donald Trump dalam isu pertahanan udara dan inisiatif bersama pembangunan dron. - Gambar/ AP
ISTANBUL: Pusingan baharu rundingan damai antara Kyiv dan Moscow akan diadakan di Turkiye pada Rabu ini, kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy.
Ringkasan AI
Zelenskyy berkata beliau membincangkan persiapan mesyuarat itu dengan pihak Rusia serta isu pertukaran tahanan bersama Setiausaha Majlis Keselamatan dan Pertahanan Ukraine Rustem Umerov, lapor Anadolu Ajansi.
"Umerov memaklumkan bahawa mesyuarat dirancang pada Rabu. Perincian lanjut akan dikongsikan esok," kata Zelenskyy dalam ucapan video.
Terdahulu, ketika berucap kepada para duta Ukraine di Kyiv, Zelenskyy memaklumkan bahawa cadangan rundingan itu dikemukakan oleh Umerov, sambil menekankan bahawa "rundingan yang benar-benar berkesan hanya boleh berlaku di peringkat kepimpinan tertinggi negara."
Beliau turut menyeru para diplomat untuk mendapatkan sokongan antarabangsa terhadap format rundingan terbabit.
Pihak berkuasa Rusia setakat ini belum memberikan sebarang kenyataan mengenai pengumuman Zelenskyy, namun agensi berita rasmi RIA melaporkan bahawa rundingan akan diadakan pada 24-25 Julai, memetik sumber.
Ketika Ukraine bersiap sedia menghadapi kemungkinan pusingan ketiga rundingan, Zelenskyy turut menggariskan keutamaan diplomatik negara itu termasuk memperluas sekatan antarabangsa ke atas Rusia, mendapatkan lebih banyak sistem pertahanan udara, serta menambah bekalan dan pembiayaan dron.
Beliau menegaskan bahawa walaupun Ukraine telah mencapai kerjasama antarabangsa yang belum pernah berlaku sebelum ini, bentuk kerjasama baharu tetap diperlukan.
"Daripada model Denmark kepada inisiatif artileri Republik Czech, hinggalah kepada pesawat Mirage dari Perancis yang meningkatkan keupayaan udara kita... keutamaan kini ialah dron, semua jenis," katanya.
Merujuk kepada aset Rusia yang dibekukan dan kemenangan dalam timbang tara undang-undang, beliau menyeru supaya pendekatan kreatif digunakan untuk menukar aset itu menjadi sumber bagi pertahanan Ukraine.
Zelenskyy turut menyebut koordinasi berterusan dengan pentadbiran Presiden Donald Trump dalam isu pertahanan udara dan inisiatif bersama pembangunan dron.
Beliau juga menekankan kepentingan kerjasama Ukraine di luar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Kesatuan Eropah (EU), termasuk format Ukraine-Eropah Utara, Ukraine-Eropah Tenggara, Platform Crimea serta perkongsian khas dengan Turkiye.
Beliau tidak menghuraikan agenda terperinci rundingan itu, namun pengumuman ini menyusul selepas beberapa minggu hubungan diplomatik antara kedua-dua pihak yang dimudah cara melalui Turkiye.
Minggu lalu, Zelenskyy memaklumkan bahawa Umerov mencadangkan pusingan baharu rundingan damai dengan Rusia, sambil menegaskan kesediaan Kyiv untuk mesyuarat di peringkat tertinggi sebagai usaha mempercepatkan proses rundingan.
Dua pusingan pertama rundingan damai secara langsung antara Rusia dan Ukraine diadakan di Istanbul masing-masing pada 16 Mei dan 2 Jun lalu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengumumkan pusingan baharu rundingan damai antara Kyiv dan Moscow akan diadakan di Turkiye pada hari Rabu, dengan persiapan dibincangkan bersama Setiausaha Majlis Keselamatan dan Pertahanan Ukraine, Rustem Umerov.
- Rundingan ini merupakan cadangan Umerov dan dijangka melibatkan peringkat kepimpinan tertinggi, dengan fokus kepada pertukaran tahanan serta usaha mendapatkan sokongan antarabangsa terhadap format rundingan tersebut.
- Zelenskyy turut menggariskan keutamaan diplomatik Ukraine termasuk memperluas sekatan ke atas Rusia, meningkatkan sistem pertahanan udara, memperkukuh bekalan dron, serta menjalin kerjasama luar NATO dan EU seperti dengan Turkiye dan negara Eropah Utara dan Tenggara.