awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusingan baharu rundingan Rusia-AS akan berlangsung di Riyadh pada 24 Mac

Bernama
Bernama
21/03/2025
00:30 MYT
Pusingan baharu rundingan Rusia-AS akan berlangsung di Riyadh pada 24 Mac
Ushakov, ketika sidang media di Moscow, mengesahkan tarikh itu ditetapkan semasa panggilan telefon dengan Penasihat Keselamatan Negara AS, Michael Waltz. - Foto REUTERS
MOSCOW: Pembantu Presiden Rusia, Yury Ushakov pada Khamis mengumumkan bahawa pusingan baharu rundingan antara Rusia dan Amerika Syarikat (AS) akan diadakan pada 24 Mac di Riyadh, Arab Saudi.
Anadolu Ajansi melaporkan Ushakov, ketika sidang media di Moscow, mengesahkan tarikh itu ditetapkan semasa panggilan telefon dengan Penasihat Keselamatan Negara AS, Michael Waltz.
"Michael Waltz, Pembantu Presiden AS bagi Keselamatan Negara, berkata semalam bahawa kami telah mengadakan perbualan, dan saya mengesahkan bahawa ia memang berlaku. Kami kerap berkomunikasi, dan saya mendapati komunikasi ini sangat bermanfaat bagi kedua-dua pihak," kata Ushakov.
Beliau memaklumkan bahawa pertemuan akan diadakan di peringkat pakar bagi menilai kebolehlaksanaan pelaksanaan inisiatif terkenal mengenai keselamatan navigasi di Laut Hitam.
Ushakov merujuk kepada perjanjian yang dikenali sebagai 'perjanjian bijirin,' yang diusahakan oleh Turkiye dengan penglibatan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres. Namun, beliau mengakui bahawa perjanjian itu tidak pernah dilaksanakan sepenuhnya.
Delegasi Rusia akan diketuai oleh bekas timbalan menteri luar yang kini merupakan ahli parlimen, Grigory Karasin bersama Sergey Beseda, penasihat kepada pengarah Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB), menurut Anadolu.
Ushakov menyifatkan mereka sebagai "perunding yang sangat berpengalaman serta memiliki kepakaran mendalam dalam hal ehwal antarabangsa" dan menyatakan harapan agar perbincangan itu menghasilkan keputusan yang produktif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yury Ushakov
#rundingan
#Michael Waltz
#Laut Hitam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan