INTERNATIONAL
Pusingan keempat rundingan nuklear AS-Iran akan diadakan di Eropah pada 3 Mei
Pada Sabtu, Araqchi (kiri) dan Duta Khas AS Steve Witkoff (kanan) mengadakan rundingan pusingan ketiga di Muscat, yang digambarkan sebagai "positif dan produktif."
ISTANBUL: Rundingan nuklear pusingan keempat antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dijadual berlangsung pada 3 Mei di Eropah, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Axios pada Sabtu.
Axios, yang memetik pegawai AS melaporkan, pusingan ketiga perbincangan di Oman digambarkan sebagai "positif dan produktif," berlangsung lebih empat jam dengan penglibatan secara langsung dan tidak langsung.
"Masih banyak yang perlu dilakukan, tetapi kemajuan telah dicapai ke arah mencapai perjanjian," kata pegawai AS itu.
Menteri Luar Oman, Badr Albusaidi sebelum ini mengumumkan bahawa Washington dan Tehran akan bertemu semula pada 3 Mei.
Pegawai AS turut mengesahkan, rundingan seterusnya akan diadakan di Eropah, namun lokasi tepat belum dinyatakan.
Pusingan kedua perbincangan diadakan di Rom pada 19 April.
Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi, berkata pusingan terbaharu rundingan "lebih serius berbanding sebelumnya."
Araqchi berkata, rundingan berterusan itu memberi harapan kepada Iran bahawa kemajuan boleh dicapai, namun menegaskan bahawa pihak Iran kekal "berharap tetapi sangat berhati-hati."
Sementara itu, Presiden AS, Donald Trump sekali lagi mengulangi ancaman tindakan ketenteraan terhadap Iran sekiranya tiada perjanjian baharu dicapai bagi menggantikan perjanjian nuklear 2015 yang dimeterai semasa pentadbiran Barack Obama, sambil berulang kali menegaskan bahawa Iran "tidak boleh memiliki senjata nuklear."
-- BERNAMA