DUNIA
Putera Harry bertemu Raja Charles selepas lebih setahun
Istana Buckingham mengesahkan, Raja Charles (kanan) dan Putera Harry mengadakan minum petang secara tertutup bersama Duke of Sussex selama kira-kira 50 minit di kediaman diraja itu, pada Rabu. - Gambar fail Reuters
LONDON: Putera Harry akhirnya bertemu ayahandanya, Raja Charles III, di Clarence House, di sini, pada Rabu - pertemuan pertama dua beranak itu secara bersemuka sejak Februari 2024.
Istana Buckingham mengesahkan, Raja Charles mengadakan minum petang secara tertutup bersama Duke of Sussex selama kira-kira 50 minit di kediaman diraja itu.
Selepas pertemuan itu, Putera Harry ketika ditanya media mengenai keadaan Raja Charles hanya menjawab ringkas: “Ya, baginda dalam keadaan baik.”
Pertemuan ini dilihat sebagai langkah awal ke arah memperbaiki hubungan bapa dan anak itu, yang sebelum ini dilaporkan renggang.
Raja Charles berangkat dari Scotland ke London pada Rabu petang, manakala Putera Harry berada di United Kingdom (UK) minggu ini bagi menghadiri beberapa acara kebajikan.
Dalam wawancara bersama BBC pada Mei lalu, Putera Harry secara terbuka meluahkan hasrat untuk berdamai dengan keluarganya, dengan menyatakan: “Saya sangat mahu berdamai dengan keluarga.”
Kali terakhir mereka dilihat bersama adalah selepas pengesahan diagnosis kanser Raja Charles tahun lalu, apabila Putera Harry bergegas pulang ke UK untuk satu pertemuan singkat.
Walaupun beliau beberapa kali kembali ke UK, termasuk menghadiri perbicaraan mahkamah, hubungan Putera Harry dengan ayahandanya dikatakan kekal sukar dan jarang bertemu.
Istana Buckingham menegaskan, tiada sebarang kenyataan lanjut akan diberikan mengenai pertemuan peribadi itu.
Putera Harry yang tiba di UK pada Isnin lalu telah menyertai beberapa program kebajikan di London dan Nottingham.
Beliau dijadual pulang ke Amerika Syarikat pada Khamis untuk bersama isterinya, Meghan Markle serta anak-anak mereka yang tidak ikut serta dalam lawatan kali ini.
Sebelum ini, Putera Harry pernah menyuarakan kekecewaan kerana tidak berpeluang berbicara dengan ayahandanya ketika timbul kebimbangan mengenai tahap kesihatan Raja Charles.
“Tidak ada gunanya terus bertelagah, hidup ini sangat berharga,” katanya dalam wawancara berkenaan.
Pertemuan terbaharu ini sekali gus mencetuskan spekulasi wujud usaha untuk merapatkan semula jurang dalam keluarga diraja.
Malah, pada Julai lalu wakil Putera Harry dan Istana Buckingham dilihat menghadiri pertemuan di London, hingga mencetuskan laporan media mengenai kemungkinan “sidang damai.”
Bagaimanapun, tiada tanda pertemuan antara Putera Harry dengan abangnya, Putera William, pada minggu ini.
Kedua-duanya menjalani acara berasingan – Putera Harry meletakkan kalungan bunga di pusara nendanya, Ratu Elizabeth II sempena ulang tahun ketiga pemergian baginda, manakala Putera William dan isterinya, Catherine, menghadiri pertemuan Women’s Institute untuk memperingati mendiang Ratu. - Agensi