awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera Harry dan Meghan Markle disatukan 19 Mei 2018

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2017
21:12 MYT
Putera Harry dan Meghan Markle disatukan 19 Mei 2018
Istana Kensington umum perkahwinan antara pewaris ketiga takhta diraja Britain, Putera Harry dan pasangannya Meghan Markle bakal diadakan pada 19 Mei 2018 - Gambar fail REUTERS
Istana Kensington mengumumkan perkahwinan antara pewaris ketiga takhta diraja Britain, Putera Harry dan pasangannya Meghan Markle bakal berlangsung pada 19 Mei 2018.
Majlis berkenaan akan diadakan di gereja St George, Windsor Castle.
Tarikh perkahwinan Putera Harry dan Markle bagaimanapun tidak diadakan mengikut kebiasaannya, pada hari bekerja, seperti mana Ratu yang berkahwin pada hari Khamis sementara Duke of Cambridge pada Jumaat.
Perkahwinan pasangan ini sebaliknya akan diadakan pada hari sama berlangsungnya perlawanan akhir Piala FA, yang lazimnya dihadiri Putera William selaku presiden.
Perkahwinan ini akan dibiaya sepenuhnya keluarga diraja.
Ia juga berlangsung sebulan selepas Duke dan Duchess of Cambridge dijangka menimang anak ketiga mereka.
Putera Harry dan Markle diperkenalkan menerusi satu temujanji rahsia pada 2016 oleh kenalan mereka.
Hubungan itu kemudian berkembang menjadi lebih serius, dan pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka November lalu.
Topic Berkaitan
#2018
#Britain
#Keluarga DiRaja Britain
#megan markle
#perkahwinan
#Putera Harry
#suit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan