Putera Harry, Meghan Markle bakal langsungkan perkahwinan pada 2018

Agensi
November 27, 2017 10:29 MYT
Putera Harry bakal berkahwin dengan wanita pilihannya, Meghan Markle pada musim bunga 2018. -REUTERS/Mark Blinch
ADIK kepada pewaris kedua takhta Britain, Putera Harry, bakal berkahwin dengan wanita pilihannya, Meghan Markle.
Menurut sumber rasmi istana, majlis perkahwinan itu akan diadakan pada musim bunga 2018.
"Putera Harry telah memberitahu Ratu Elizabeth dan seisi keluarganya. Beliau juga telah mendapat restu dari pihak keluarga Meghan," menurut Kensington Palace menerusi laman media sosial, Twitter.

The Prince of Wales has announced the engagement of Prince Harry and Ms. Meghan Markle. pic.twitter.com/rtlAnFCWTf

— Kensington Palace (@KensingtonRoyal) November 27, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Prince Harry has informed The Queen and other close members of The Royal Family.

— Kensington Palace (@KensingtonRoyal) November 27, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

The wedding will take place in spring 2018. Further details will be announced in due course.

— Kensington Palace (@KensingtonRoyal) November 27, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam satu kenyataan, Putera Harry meluahkan rasa gembira dengan ikatan pertunangan bersama pelakon yang popular menerusi drama bersiri Suit itu, awal bulan ini.
Putera Harry juga telah bertemu dengan ibu Meghan, Doria Ragland, tahun lalu.
Hubungan yang telah bermula sejak tahun lalu itu pada mulanya dirahsiakan daripada pengetahuan umum sehingga khabar angin mula diperkatakan umum pada November tahun lalu.
Pelakon wanita kelahiran California, Amerika Syarikat itu dipertemukan dengan Putera Harry di London oleh kenalan rapat mereka pada Julai tahun lalu.
Putera Harry merupakan cucunda kepada Permaisuri Elizabeth II dan anakanda kedua Putera Charles dengan Puteri Diana.
#2018 #berkahwin #gembira #Istana #Meghan Markle #musim bunga #Permaisuri Elizabeth II #Putera Charles #Putera Harry #Puteri Diana #suit #tahun lalu #tunang