awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera Hisahito Jepun, kedua dalam turunan takhta, ikrar penuhi peranan

Bernama
Bernama
03/03/2025
12:33 MYT
Putera Hisahito Jepun, kedua dalam turunan takhta, ikrar penuhi peranan
Putera Hisahito berkata peranan simbolik maharaja "ialah satu kehadiran yang sentiasa memikirkan rakyat dan kekal hampir dengan mereka." - Reuters
TOKYO: Putera Hisahito, anak saudara Maharaja Naruhito dan kedua dalam turutan Takhta Bunga Kekwa, menyatakan hasratnya pada Isnin untuk mendekati tugas awamnya dengan penuh kepekaan dan berhati-hati sambil beliau memenuhi peranannya sebagai ahli keluarga diraja.
Bercakap pada sidang media pertamanya, yang diadakan di kediaman Akasaka Estate di Tokyo untuk meraikan usia dewasanya, remaja berusia 18 tahun itu berkata peranan simbolik maharaja "ialah satu kehadiran yang sentiasa memikirkan rakyat dan kekal hampir dengan mereka."
Putera itu mencapai usia dewasa September lepas, menjadi ahli lelaki pertama keluarga diraja Jepun yang berbuat demikian dalam tempoh kira-kira 39 tahun, sejak bapanya pada Disember 1985.
Pada masa ini pelajar tahun ketiga di Senior High School at Otsuka Universiti Tsukuba, Tokyo, Hisahito akan belajar biologi di Fakulti Sains Hayat dan Alam Sekitar universiti itu mulai April.
Upacara usia dewasa, yang secara tradisinya diadakan dalam keluarga diraja, akan berlangsung pada hari lahirnya yang ke-19 pada 6 September.
Putera muda itu satu-satunya pewaris generasinya dalam keluarga diraja Jepun, kerana Undang-undang Kerabat Diraja menyatakan bahawa hanya lelaki dengan keturunan waris lelaki daripada maharaja boleh menaiki Takhta Bunga Kekwa.
Pewaris lain ialah bapanya dan bapa saudara maharaja iaitu Putera Hitachi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Putera Hisahito
#Jepun
#tugas awam
#keluarga diraja Jepun
#rakyat jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan