Skip to main content

Dunia

Putera Mahkota Ajman UAE terima kunjungan hormat Duta Besar Malaysia

Pertemuan antara Putera Mahkota Ajman dan Duta Besar Malaysia turut merangkumi pertukaran pandangan mengenai beberapa perkara yang menjadi kepentingan bersama. - Foto WAM
Pertemuan antara Putera Mahkota Ajman dan Duta Besar Malaysia turut merangkumi pertukaran pandangan mengenai beberapa perkara yang menjadi kepentingan bersama. - Foto WAM

Advertisement

AJMAN (UAE): Putera Mahkota Ajman merangkap Pengerusi Majlis Eksekutif Sheikh Ammar bin Humaid Al Nuaimi  menerima kunjungan hormat Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin di Istana Pemerintah, pada Rabu, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Putera Mahkota menyambut baik kehadiran duta berkenaan bersama delegasi dan membincangkan langkah-langkah untuk memperkukuh hubungan dengan Malaysia dalam pelbagai bidang.

Pertemuan itu turut merangkumi pertukaran pandangan mengenai beberapa perkara yang menjadi kepentingan bersama.

Tengku Sirajuzzaman menzahirkan ucapan terima kasih kepada Putera Mahkota atas sambutan dan layanan mesra, di samping memuji kedudukan UAE di peringkat tempatan dan global, hubungan kerjasama antara kedua-dua negara sahabat, serta kepesatan pembangunan di Emiriah Ajman.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ahli Majlis Eksekutif Ajman Sheikh Humaid bin Ammar bin Humaid Al Nuaimi, Pengerusi Jabatan Digital Ajman Sheikh Rashid bin Ammar bin Humaid Al Nuaimi dan beberapa pegawai kanan.

Ajman merupakan emiriah terkecil daripada tujuh emiriah di UAE, merangkumi kawasan seluas kira-kira 260 kilometer persegi.

-- BERNAMA-WAM

 

 

Must Watch Video

Advertisement