DUNIA
Putera Mahkota Saudi, Trump tandatangan perjanjian pertahanan strategik di Washington
Perjanjian itu mengesahkan bahawa Arab Saudi dan Amerika Syarikat merupakan rakan keselamatan yang berupaya bekerjasama menangani cabaran serta ancaman di peringkat serantau dan antarabangsa. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa menandatangani Perjanjian Pertahanan Strategik di Rumah Putih, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Ringkasan AI
Perjanjian itu dimeterai dalam rangka perkongsian strategik jangka panjang serta hubungan sejarah mendalam yang menyatukan kedua-dua negara selama lebih sembilan dekad.
Langkah berkenaan turut menandakan pencapaian penting dalam pengukuhan kerjasama pertahanan jangka panjang, sekali gus mencerminkan komitmen bersama ke arah menyokong keamanan, keselamatan dan kemakmuran rantau ini.
Perjanjian itu mengesahkan bahawa Arab Saudi dan Amerika Syarikat merupakan rakan keselamatan yang berupaya bekerjasama menangani cabaran serta ancaman di peringkat serantau dan antarabangsa.
Perjanjian itu juga memperdalam koordinasi pertahanan jangka panjang, meningkatkan keupayaan pencegahan dan kesiapsiagaan, serta menyokong pembangunan dan integrasi kapasiti pertahanan antara kedua-dua negara.
Selain itu, perjanjian berkenaan membentuk rangka kerja kukuh bagi perkongsian pertahanan yang berterusan, sekali gus menyumbang kepada keselamatan dan kestabilan kedua-dua negara.
Sementara itu, nilai dagangan antara Arab Saudi dan AS telah melebihi US$500 bilion sepanjang dekad lalu, menjadikan AS rakan import kedua terbesar bagi Riyadh.
Sejak 2020, jumlah dagangan antara kedua-dua negara meningkat lebih 50 peratus, mencerminkan hubungan ekonomi yang kukuh dua hala.
Perkongsian strategik itu turut meningkatkan daya saing sektor penting, menarik pelaburan berkualiti dan memperluas kerjasama perdagangan, serta menyokong kemakmuran ekonomi kedua-dua negara.
Pada 2024, nilai dagangan antara Arab Saudi dan AS mencecah US$33 bilion.
Eksport utama Saudi merangkumi baja serta produk kimia organik, manakala import utama dari AS termasuk jentera, peralatan, perkakas mekanikal dan automobil, dengan jumlah keseluruhan US$9 bilion.
Data awal menunjukkan jumlah dagangan dua hala mencecah sekitar US$16 bilion bagi separuh pertama 2025.
Dalam pada itu, Majlis Perjanjian Rangka Kerja Perdagangan dan Pelaburan (TIFA) Saudi-AS, yang dipengerusikan oleh Pihak Berkuasa Am Perdagangan Luar (GAFT) memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan perdagangan.
Antara objektifnya ialah memantau hubungan perdagangan dan pelaburan, mengenal pasti peluang perluasan, menghapuskan halangan yang menjejaskan aliran perdagangan dan pelaburan, meningkatkan persekitaran perniagaan serta memudahkan komunikasi antara pelbagai sektor di kedua-dua negara.
Majlis itu telah memudah cara perjanjian mengenai 27 inisiatif dalam pelbagai bidang termasuk makanan dan farmaseutikal, kecerdasan buatan serta harta intelek.
GAFT turut berperanan membangunkan hubungan perdagangan dua hala melalui majlis penyelarasan dan jawatankuasa kerajaan bersama. Ia bertujuan membantu eksport bukan minyak Saudi menembusi pasaran antarabangsa serta membantu menghadapi pelbagai cabaran yang dihadapi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Putera Mahkota Arab Saudi dan Presiden AS tandatangani Perjanjian Pertahanan Strategik di Rumah Putih.
- Perjanjian menekankan kerjasama pertahanan jangka panjang antara kedua negara.
- Dagangan antara Arab Saudi dan AS melebihi US$500 bilion, meningkat sebanyak 50% sejak 2020.