awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera Mateen berkahwin Januari 2024

Astro Awani
Astro Awani
08/10/2023
00:50 MYT
Putera Mateen berkahwin Januari 2024
Istiadat perkahwinan pasangan diraja ini akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari. - Foto Instagram/RTB Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN: Putera kepada Sultan Brunei Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam awal tahun depan, lapor portal berita RTB Brunei.
Putera Mateen, 32, adalah anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.
Sering mengambil bahagian dalam acara polo ekuestrian, Pengiran Muda Abdul Mateen pernah memenangi dua pingat gansa untuk Brunei di Kejohanan Sukan SEA.
Pengantin perempuan pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, penasihat khas kepada Sultan Brunei.
Istiadat perkahwinan pasangan diraja ini akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari.
Majlis akad nikah pasangan ini dijadual berlangsung pada 11 Januari.
View this post on Instagram
A post shared by RTB News (@rtbnews)
Acara puncak istiadat perkahwinan selama 10 hari ini merupakan Majlis Bersanding Pengantin Diraja yang akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.
Pasangan diraja ini kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.
Majlis resepsi pula akan diadakan pada malam 15 Januari.
Topic Berkaitan
#Abdul Mateen Bolkiah
#majlis perkahwinan
#Dayang Anisha Rosnah Adam
#Sultan Hassanal Bolkiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan