awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera Philip akhirnya dibenar keluar hospital

Agensi
Agensi
16/03/2021
14:59 MYT
Putera Philip akhirnya dibenar keluar hospital
Duke Edinburgh berusia 99 tahun itu, sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital King Edward sejak 17 Februari lalu selepas dilaporkan tidak sihat. - Reuters
WINDSOR: Selepas genap sebulan, Putera Philip dibenarkan keluar dari hospital pada Selasa setelah mendapatkan rawatan rapi dan pemerhatian jantung.
Duke of Edinburgh berusia 99 tahun itu, telah dimasukkan ke Hospital King Edward sejak 17 Februari lalu selepas dilaporkan tidak sihat.
Putera Philip kemudian dipindahkan ke Hospital St Bartholomew pada 1 Mac selepas dua minggu dirawat.
Sepanjang menerima rawatan, suami kepada Ratu Elizabeth itu hanya menerima kunjungan daripada putera sulungnya yang juga pewaris takhta, Putera Charles.
Menurut kenyataan Istana Buckingham, baginda kini dilihat kembali sihat dan menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya dan mendoakannya.
"Baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan perubatan yang menjaganya di Hospital King Edward VII's Hospital dan Hospital St Bartholomew Hospital.
Putera Philip turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan dan meluahkan harapan baik mereka," kata Istana Buckingham dalam satu kenyataan.
Penyakit yang dihidapi baginda dipercayai tiada kaitan dengan virus COVID-19 yang kini melepasi angka 4.25 juta kes positif di United Kingdom.
Putera Philip dan isterinya Ratu Elizabeth, 95, dan menjadi antara yang terawal di Britain menerima suntikan vaksin COVID-19 iaitu pada 11 Januari lalu.
Topic Berkaitan
#Britain
#United Kingdom
#perubatan
#COVID-19
#vaksin
#Hospital London
#Putera Philip
#Duke of Edinburgh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan