[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
DUNIA

Putera William lawat Tebing Barat bulan depan

Sinar Harian 26/05/2018 | 00:13 MYT
William akan menghabiskan tempoh tiga hari ke Baitulmaqdis, Tel Aviv dan Ramallah di Tebing Barat. - REUTERS/Fail
Putera William akan menjadi keluarga kanan diraja pertama Britain membuat lawatan rasmi ke Wilayah Palestin dan Israel, sebagai sebahagian jelajahnya bulan depan, umum Istana Kensington pada Jumaat.

William akan memulakan lawatannya ke Jordan pada 24 Jun diikuti ke Tel Aviv keesokannya, kata kediaman rasminya dalam satu kenyataan.

Beliau akan melawat Baitulmaqdis pada 26 Jun sebelum ke Ramallah pada 27 Jun.

Kenyataan menyebut, William akan menghabiskan tempoh tiga hari ke Baitulmaqdis, Tel Aviv dan Ramallah di Tebing Barat, walaupun istana tidak memberi butiran terperinci di mana beliau akan melawat atau siapa yang akan ditemuinya.

Kunjungan bagi pihak kerajaan Britain itu diumumkan Mac lalu dan dialu-alukan secara meluas oleh kedua-dua pihak berkuasa Palestin dan Israel.

Tiada lawatan rasmi sebelum ini oleh anggota keluarga diraja Britain ke Wilayah Palestin.

Sementara itu, Pejabat Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata, ia adalah kunjungan penting yang diharapkan menyumbang kepada pengukuhan hubungan antara dua penduduk. - Agensi



#Britain #Israel #Jordan #Mahmoud Abbas #Palestin #Putera William #Tebing Barat #Tel Aviv