awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga 29 Dis
Kekasih didakwa bunuh Suri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puteri Beatrice namakan anak, Sienna Elizabeth

Astro Awani
Astro Awani
02/10/2021
00:10 MYT
Puteri Beatrice namakan anak, Sienna Elizabeth
Puteri Britain itu mendedahkan nama penuh anaknya sebagai Sienna Elizabeth Mapelli Mozzi berserta sekeping foto yang memaparkan tapak kaki bayi berkenaan. - Foto Twitter/Princess Beatrice of York
Puteri Beatrice dan suaminya Edoardo Mapelli Mozzi telah menamakan bayi perempuan mereka, Sienna Elizabeth.
Dalam satu catatan di akaun Twitter miliknya, Puteri Britain itu mendedahkan nama penuh anaknya sebagai Sienna Elizabeth Mapelli Mozzi berserta sekeping foto yang memaparkan tapak kaki bayi berkenaan.
Sienna Elizabeth merupakan cicit ke-12 Ratu Elizabeth II dan dilahirkan pada 18 September lepas di Hospital Chelsea dan Westminster London dengan berat 2.78kg.
Beatrice, 33, juga merupakan ibu tiri kepada anak lelaki Mapelli, Christopher Wolf, yang dikenali sebagai Wolfie, hasil daripada perkahwinan suaminya itu sebelum ini.
"Kami semuanya gembira dan Wolfie merupakan abang terbaik buat Sienna," katanya.
Beatrice merupakan anak sulung kepada Putera Andrew dan bekas isteri Sarah, Duchess of York.
Beliau berkahwin dengan Mapelli pada Julai 2020 dalam majlis tertutup di Royal Chapel of All Saints di Windsor selepas tarikh perkahwinan asal pada Mei ditunda akibat penularan wabak COVID-19.
Topic Berkaitan
#Puteri Beatrice
#Sienna Elizabeth
#Edoardo Mapelli Mozzi
#nama penuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan