DUNIA
Puteri Raja Thailand alami jangkitan darah serius, terima rawatan intensif - Biro Diraja
Puteri Bajrakitiyabha Narendira Debyavati disahkan mengalami jangkitan darah serius dan sedang dirawat di Hospital Memorial Raja Chulalongkorn. -Gambar fail/Instagram @welove_bajrakitiyabha
BANGKOK: Puteri Raja Thailand, Bajrakitiyabha Narendira Debyavati, disahkan mengalami jangkitan darah serius dan kini sedang menerima rawatan intensif di Hospital Memorial Raja Chulalongkorn, di sini.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan Biro Diraja pada Jumaat, Puteri Bajrakitiyabha, 46, telah tidak sedarkan diri sejak Disember 2022 selepas mengalami masalah jantung ketika melatih anjing peliharaannya di daerah Pak Chong, wilayah Nakhon Ratchasima.
Rawatan rapi telah diberikan sejak itu di bawah pengawasan penuh pasukan perubatan diraja.
Dalam kenyataan rasmi bertarikh 15 Ogos, doktor mengesahkan jangkitan dalam aliran darahnya dikesan pada 9 Ogos lalu.
Pelbagai jenis antibiotik dan ubat tekanan darah telah diberikan bagi menstabilkan keadaannya, selain penggunaan peralatan sokongan untuk membantu fungsi paru-paru dan buah pinggang.
Puteri Bajrakitiyabha merupakan anak sulung kepada Raja Maha Vajiralongkorn dan memiliki latar belakang akademik serta kerjaya yang cemerlang.
Beliau memperoleh ijazah undang-undang dari Universiti Cornell, pernah berkhidmat sebagai diplomat di Austria, serta memegang jawatan di UN Women dan Pejabat PBB Mengenai Dadah dan Jenayah.
Puteri Bajrakitiyabha juga pernah berkhidmat di Pejabat Peguam Negara Thailand dan memegang pangkat Jeneral dalam unit Komando Keselamatan Diraja.
Sejak jatuh sakit, potret Puteri Bajrakitiyabha dipamerkan di tempat awam di seluruh negara dengan mesej mendoakan kesembuhannya.
Penganalisis sebelum ini melihat Puteri Bajrakitiyabha sebagai calon pewaris takhta yang berpotensi menjadi raja wanita pertama Thailand.
Raja Vajiralongkorn, 73, belum melantik pewaris rasmi sejak menaiki takhta pada 2016.
Biro Diraja menyatakan bahawa rawatan penuh sedang diteruskan dan keadaan beliau dipantau rapi oleh pasukan perubatan.
Ini merupakan kenyataan keempat mengenai kesihatan Puteri Bajrakitiyabha sejak Januari 2023.
Ringkasan AI
- Puteri Bajrakitiyabha Narendira Debyavati dari Thailand disahkan mengalami jangkitan darah serius dan sedang dirawat secara intensif di Hospital Memorial Raja Chulalongkorn.
- Beliau tidak sedarkan diri sejak Disember 2022 akibat masalah jantung dan kini menerima rawatan sokongan untuk paru-paru dan buah pinggang.
- Puteri Bajrakitiyabha dilihat sebagai calon pewaris takhta Thailand, namun Raja Vajiralongkorn masih belum melantik pewaris rasmi sejak menaiki takhta pada 2016.
Menurut kenyataan Biro Diraja pada Jumaat, Puteri Bajrakitiyabha, 46, telah tidak sedarkan diri sejak Disember 2022 selepas mengalami masalah jantung ketika melatih anjing peliharaannya di daerah Pak Chong, wilayah Nakhon Ratchasima.
Rawatan rapi telah diberikan sejak itu di bawah pengawasan penuh pasukan perubatan diraja.
Dalam kenyataan rasmi bertarikh 15 Ogos, doktor mengesahkan jangkitan dalam aliran darahnya dikesan pada 9 Ogos lalu.
Pelbagai jenis antibiotik dan ubat tekanan darah telah diberikan bagi menstabilkan keadaannya, selain penggunaan peralatan sokongan untuk membantu fungsi paru-paru dan buah pinggang.
Puteri Bajrakitiyabha merupakan anak sulung kepada Raja Maha Vajiralongkorn dan memiliki latar belakang akademik serta kerjaya yang cemerlang.
Beliau memperoleh ijazah undang-undang dari Universiti Cornell, pernah berkhidmat sebagai diplomat di Austria, serta memegang jawatan di UN Women dan Pejabat PBB Mengenai Dadah dan Jenayah.
Puteri Bajrakitiyabha juga pernah berkhidmat di Pejabat Peguam Negara Thailand dan memegang pangkat Jeneral dalam unit Komando Keselamatan Diraja.
Sejak jatuh sakit, potret Puteri Bajrakitiyabha dipamerkan di tempat awam di seluruh negara dengan mesej mendoakan kesembuhannya.
Penganalisis sebelum ini melihat Puteri Bajrakitiyabha sebagai calon pewaris takhta yang berpotensi menjadi raja wanita pertama Thailand.
Raja Vajiralongkorn, 73, belum melantik pewaris rasmi sejak menaiki takhta pada 2016.
Biro Diraja menyatakan bahawa rawatan penuh sedang diteruskan dan keadaan beliau dipantau rapi oleh pasukan perubatan.
Ini merupakan kenyataan keempat mengenai kesihatan Puteri Bajrakitiyabha sejak Januari 2023.

#Maha Vajiralongkorn
#Puteri Bajrakitiyabha Narendira Debyavati
#jangkitan darah serius
#Hospital Memorial Raja Chulalongkorn