awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin didakwa belanja RM580 juta naik taraf kapal layar

Agensi
Agensi
17/09/2023
22:30 MYT
Putin didakwa belanja RM580 juta naik taraf kapal layar
Vladimir Putin didakwa telah menghabiskan berbilion rubel Rusia untuk memulihkan kapal layar mewah bernilai 100 juta pound (RM580 juta) dengan melakukan penambahan mewah termasuk tab mandi bersalut emas.
VLADIMIR Putin didakwa telah menghabiskan berbilion rubel Rusia untuk memulihkan kapal layar mewah bernilai 100 juta pound (RM580 juta) dengan melakukan penambahan mewah termasuk tab mandi bersalut emas.
Gambar-gambar eksklusif menunjukkan kapal layar bernilai 100 juta pound, Graceful itu sedang menjalani kerja-kerja penambahbaikan yang mahal di sebuah pelabuhan di Rusia sedang tular, lapor portal berita The Sun United Kingdom.
Presiden Rusia itu dilaporkan memulakan kerja-kerja penambahbaikan ‘rumah agam terapung’ beliau yang kini diberi nama baharu iaitu Kosatka, apabila kapal-kapal layar beliau yang lain ditahan di Itali.
Pemimpin berkenaan yang menyerang Ukraine didakwa tidak mengambil tahu mengenai kos perbelanjaan penambahbaikan kapal layar mewah yang merangkumi set bilik tidur utama disalut emas, lampu gantung kristal, permaidani mewah dan lukisan-lukisan mahal.
The Sun trurut melaporkan, gaji Putin hanya 107,000 pound (RM620,000) setahun dan beliau disyaki telah mengumpul kekayaan berjumlah 200 bilion pound (RM1.16 trilion) dalam bentuk beberapa istana, jet peribadi dan kapal layar.
Kosatka yang bermaksud ‘Paus Pembunuh’ sebelum ini berlabuh di sebuah dok di Jerman, tetapi telah dihantar keluar dari negara itu ke Rusia sebelum Putin memerintahkan tenteranya untuk menyerang Ukraine.
Kapal berkenaan kemudian berlayar ke Kaliningrad, Rusia di Laut Baltik yang bersempadan dengan Poland dan Lithuania di mana gambar-gambar berkenaan dirakamkan.
Ketika ini, Kosatka dipercayai berada di St Petersburg manakala kapal layar lainnya, Scheherazade bernilai 750 juta pound (RM4.3 bilion), masih berada di pangkalan kapal mewah di Tuscany selepas ditahan oleh pihak berkuasa Itali. - Agensi
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#kapal layar mewah
#naik taraf kapal layar
#Kosatka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan