DUNIA

Putin dipelawa sertai Lembaga Keamanan Gaza - Kremlin

Bernama 19/01/2026 | 13:01 MYT
Rusia sedang meneliti butiran cadangan penubuhan Lembaga Keamanan bagi Gaza itu dan berharap dapat mengadakan hubungan dengan Amerika Syarikat. - Reuters
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin menerima undangan untuk menyertai Lembaga Keamanan bagi Gaza, kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Ya, Presiden Putin turut menerima undangan melalui saluran diplomatik untuk menyertai Lembaga Keamanan," kata Peskov kepada pemberita.

Beliau berkata Rusia sedang meneliti butiran cadangan penubuhan Lembaga Keamanan bagi Gaza itu dan berharap dapat mengadakan hubungan dengan Amerika Syarikat bagi memperjelas semua perkara berkaitan.

-- BERNAMA

#Lembaga Keamanan #Gaza #Palestin #Vladimir Putin #Donald Trump #Amerika Syarikat