Putin isytihar operasi ketenteraan di timur Ukraine

Agensi
Februari 24, 2022 03:10 MYT
PUTIN: Rusia akan bertindak balas serta-merta dan anda yang ingin campur tangan akan terima akibat yang tidak pernah dialami sebelum ini. - Gambar fail REUTERS
PRESIDEN Rusia Vladimir Putin memutuskan untuk memberi lampu hijau terhadap operasi ketenteraan di timur Ukraine.
"Saya telah membuat keputusan untuk menjalankan operasi ketenteraan khas," kata Putin pada lewat petang Rabu, menurut laporan Fox News.
"Analisis kami membuat kesimpulan bahawa konfrontasi kami dengan pasukan (Ukraine) ini tidak dapat dielakkan.
“Saya ingin katakan ini kepada pihak yang mungkin mahu campur tangan.
"Rusia akan bertindak balas serta-merta dan anda akan terima akibat yang tidak pernah anda alami sebelum ini dalam sejarah anda,” katanya.
[TERKINI] Rusia-Ukraine | Putin mulakan operasi ketenteraan di timur Ukraine
Laporan tersebut turut menyatakan, letupan kedengaran di Kiev, Kharkiv, Odessa, Mariupol dan beberapa bandar lain.
Dalam pada itu, harga minyak Brent dilaporkan meningkat kepada 100 dolar setong.
#Vladimir Putin #Ukraine #Rusia #serangan