Putin jalani kuarantin kendiri, selepas kenalan dijangkiti COVID-19

Bernama
September 16, 2021 09:23 MYT
Vladimir Putin mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin kendiri selama beberapa hari selepas kenalannya dijangkiti COVID-19. - Gambar fail/AP
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin kendiri selama beberapa hari selepas kenalannya dijangkiti COVID-19, lapor Sputnik.
"Saya juga terpaksa membatalkan lawatan ke Dushanbe. Saya amat kecewa, tetapi saya terpaksa berbuat demikian kerana ramai kenalan saya dijangkiti virus itu.
"Sekarang saya perlu menjalani kuarantin kendiri selama beberapa hari," kata Putin pada sidang Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif, menerusi pautan video.
-- BERNAMA
#Presiden Rusia #Vladimir Putin #kuarantin kendiri #COVID-19 #Dushanbe