awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin lakukan lawatan ke UAE dan Arab Saudi

Agensi
Agensi
07/12/2023
02:30 MYT
Putin lakukan lawatan ke UAE dan Arab Saudi
Presiden Rusia Vladimir Putin melakukan lawatan ke negara yang jarang dilawatinya iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi. - Gambar REUTERS
RIYADH: Presiden Rusia Vladimir Putin melakukan lawatan ke negara yang jarang dilawatinya iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.
Beliau dijangka membawa perbincangan mengenai peperangan di Gaza dan Ukraine serta pengeluaran minyak dengan Presiden UAE.
UAE kini menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Iklim PBB COP28.
Putin yang dilihat tidak pernah meninggalkan Rusia sejak Mac lalu apabila Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap kepadanya, juga akan menemui pemimpin Iran pada Khamis di Moscow.
ICC mendakwa Putin melakukan jenayah perang dengan menghantar secara haram kanak-kanak Ukraine ke Rusia, namun UAE mahupun Arab Saudi tidak mengiktiraf bidang kuasa ICC.
Putin dilihat menolak untuk hadir di Sidang Kemuncak Antarabangsa yang lain termasuk BRICS di Afrika Selatan pada Ogos dan Sidang Kemuncak G20 pada September di India.
Perjalanan itu datang ketika Rusia berminat untuk menonjolkan pengaruh dan melemahkan percubaan Barat untuk mengasingkan Rusia.
Putin disambut dengan pengiring penuh tentera berkuda dan permotoran, manakala pasukan akrobatik udara kebangsaan melukis bendera Rusia di langit.
Perdagangan dan minyak akan menjadi agenda Rusia di UAE.
Putin kemudiannya akan ke Arab Saudi untuk bertemu dengan pemerintah de facto kerajaan itu, Putera Mahkota Mohammed bin Salman. - Agensi
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Vladimir Putin
#UAE
#Putin lawat Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan