DUNIA
Putin masih mahu akhiri perang dengan Ukraine - Trump
Menurut Presiden Trump (kanan) rakan sejawatnya dari Rusia, Putin masih mahu menamatkan peperangan dengan Ukraine. - Gambar fail AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu berkata, rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin masih mahu menamatkan peperangan dengan Ukraine.
"Beliau mahu menamatkan perang," kata Trump kepada pemberita di White House, menurut Anadolu Ajansi.
Kenyataan itu dibuat susulan pertemuan antara Putin dengan Utusan Khas AS, Steve Witkoff serta menantu Trump yang juga penasihat tidak rasminya, Jared Kushner di Moscow pada Selasa bagi membincangkan draf pelan damai Ukraine yang telah disemak oleh Washington.
Trump berkata, beliau telah bercakap dengan Witkoff dan Kushner pada malam Selasa.
"Saya boleh katakan mereka mengadakan pertemuan yang agak baik dengan Presiden Putin. Kita akan mengetahuinya nanti.
"Hasil daripada pertemuan itu, saya tidak dapat beritahu," katanya.
-- BERNAMA