DUNIA
Putin, Netanyahu bincang isu Gaza, Iran dan Syria

Presiden Putin (kiri) dan Perdana Menteri Netanyahu mengadakan perbincangan mengenai pelan gencatan senjata di Gaza yang dicadangkan Amerika Syarikat, pada Isnin. - Gambar fail
MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengadakan perbincangan mengenai pelan gencatan senjata di Gaza yang dicadangkan Amerika Syarikat (AS), menurut kenyataan Kremlin pada Isnin.
Dalam perbualan itu, Putin menegaskan pendirian konsisten Rusia yang menyokong penyelesaian menyeluruh terhadap isu Palestin berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf.
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu serantau lain termasuk program nuklear Iran serta situasi di Syria.
Netanyahu dalam masa sama turut menyampaikan ucapan selamat sempena ulang tahun kelahiran ke-73 Putin yang disambut pada Selasa.Setakat ini, Pejabat Perdana Menteri Israel belum memberikan sebarang ulasan lanjut mengenai perbincangan tersebut. - Agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami