INTERNATIONAL
Putin, Pemimpin UAE bincang rundingan Rusia-AS mengenai resolusi Ukraine
Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden UAE Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan telah membincangkan dialog yang sedang berlangsung antara Moscow dan Washington mengenai usaha menyelesaikan konflik di Ukraine. - Foto REUTERS
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan telah membincangkan dialog yang sedang berlangsung antara Moscow dan Washington mengenai usaha menyelesaikan konflik di Ukraine, lapor agensi berita TASS.
Menurut perkhidmatan akhbar Kremlin pada Isnin, perbincangan itu berlangsung dalam satu panggilan telefon antara kedua-dua pemimpin.
"Para pemimpin membincangkan dialog semasa antara Rusia dan Amerika Syarikat (AS) yang bertujuan mencari jalan untuk menyelesaikan konflik di Ukraine secara aman dan menormalkan hubungan dua hala antara Moscow dan Washington," menurut kenyataan Kremlin.
Mohammed menyatakan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh Rusia dan AS, serta secara khusus mengalu-alukan rundingan peringkat pakar antara kedua-dua negara yang berlangsung di Riyadh hari ini, tambah Kremlin.
-- BERNAMA