awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin sedia untuk berbincang atau bertemu dengan Trump

Bernama
Bernama
19/12/2024
23:20 MYT
Putin sedia untuk berbincang atau bertemu dengan Trump
Bagaimanapun, Putin menjelaskan bahawa beliau tidak tahu bila pertemuan itu akan berlaku.
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan kesediaannya untuk berbincang dengan Presiden Terpilih Amerika Syarikat , Donald Trump, pada bila-bila masa dan bersetuju untuk bertemu dengannya, lapor agensi berita Rusia, TASS.
"Saya bersedia untuk ini (perbincangan), sudah tentu, pada bila-bila masa. Dan saya juga bersedia untuk mengadakan pertemuan, jika beliau menginginkannya," kata Putin semasa sesi soal jawab Direct Line dan sidang media akhir tahun, ketika ditanya seorang wartawan Amerika mengenai kemungkinan pertemuan dengan Trump.
Bagaimanapun, Putin menjelaskan bahawa beliau tidak tahu bila pertemuan itu akan berlaku.
"Pertama sekali, saya tidak tahu bila kami akan bertemu. Ini kerana beliau tidak menyatakan apa-apa mengenainya. Saya tidak bercakap dengannya langsung selama lebih empat tahun," katanya.
Terdahulu, jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova berkata Moscow bersedia untuk mengadakan hubungan dengan Washington bagi menyelesaikan krisis Ukraine, tetapi belum menerima sebarang cadangan serius daripada pasukan Trump.
Menurut diplomat itu, kementerian berkenaan baru-baru ini kerap menerima banyak soalan mengenai kesediaan Rusia untuk menghubungi Trump dan pasukannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#Donald Trump
#pertemuan
#perbincangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan