DUNIA
Putin tandatangan RUU ratifikasi perjanjian bantuan perundangan jenayah Rusia-Seychelles
Vladimir Putin, Presiden Rusia. - Gambar fail/AP
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin telah menandatangani Rang Undang-Undang (RUU) yang meratifikasi perjanjian antara Rusia dan Republik Seychelles mengenai bantuan perundangan bersama dalam perkara jenayah, menurut Kremlin pada Sabtu, lapor RIA Novosti.
"Presiden menandatangani undang-undang persekutuan mengenai 'Ratifikasi Perjanjian antara Persekutuan Rusia dan Republik Seychelles mengenai Bantuan Perundangan Bersama dalam Perkara Jenayah'," kata Kremlin.
Menurut teks perjanjian yang diterbitkan oleh Kementerian Luar Rusia, bantuan perundangan akan diberikan "sekiranya kesalahan yang berkaitan dengan permintaan itu boleh dihukum sebagai jenayah mengikut undang-undang kedua-dua pihak".
Pada masa sama, satu daripada pihak dalam perjanjian boleh memberikan bantuan perundangan "mengikut pertimbangannya sendiri" walaupun situasi itu tidak diiktiraf oleh perundangannya sebagai kes jenayah.
Perjanjian itu turut menyatakan bahawa bantuan perundangan juga boleh diberikan berkaitan dengan penyiasatan, pendakwaan atau prosiding kehakiman berkaitan kesalahan kewangan dan kastam.
Bantuan perundangan meliputi prosedur seperti penyampaian dokumen berkaitan kes jenayah; pengumpulan bahan bukti; mengesan dan mengenal pasti individu dan objek; serta memanggil saksi, mangsa, pakar dan individu lain untuk hadir secara sukarela di hadapan pihak berkuasa yang berkenaan di negara yang membuat permintaan.
-- BERNAMA