awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin tandatangani dekri luluskan kemas kini dalam doktrin nuklear

Bernama
Bernama
19/11/2024
22:45 MYT
Putin tandatangani dekri luluskan kemas kini dalam doktrin nuklear
Vladimir Putin menandatangani dekri meluluskan doktrin nuklear Rusia yang dikemas kini. - Gambar fail
MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin, menandatangani dekri meluluskan doktrin nuklear Rusia yang dikemas kini, lapor Xinhua memetik kenyataan Kremlin pada Selasa.
Dekri yang diterbitkan di laman sesawang Kremlin itu menyatakan, tindakan pencerobohan oleh mana-mana negara dalam gabungan atau blok ketenteraan terhadap Rusia atau sekutunya dianggap sebagai pencerobohan oleh keseluruhan blok berkenaan.
Selain itu, serangan dari negara bukan nuklear yang melibatkan atau mendapat sokongan kuasa nuklear akan dilihat sebagai serangan bersama terhadap Rusia.
Menurut dokumen itu, Rusia menganggap senjata nuklear sebagai "alat pencegahan... yang hanya digunakan sebagai langkah terakhir dan terpaksa," sambil menekankan bahawa negara ini sedang mengambil "segala usaha yang perlu" untuk mengurangkan ancaman nuklear serta mencegah peningkatan ketegangan antara negara yang boleh mencetuskan konflik ketenteraan, termasuk konflik nuklear.
Doktrin yang dikemas kini itu juga menjelaskan pihak negara dan pakatan ketenteraan yang menjadi sasaran kepada pencegahan nuklear.
Menurut dekri itu, pencegahan nuklear disasarkan kepada musuh berpotensi, yang ditakrifkan sebagai "negara individu dan gabungan ketenteraan yang melihat Rusia sebagai musuh berpotensi" dan memiliki senjata nuklear atau keupayaan ketenteraan konvensional yang besar.
Pencegahan nuklear turut disasarkan kepada negara yang membenarkan wilayah dan sumbernya digunakan untuk tindakan pencerobohan terhadap Rusia, menurut dekri itu lagi. - BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#doktrin
#nuklear
#kremlin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan