awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip

Bernama
Bernama
29/01/2026
15:53 MYT
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
Menurut Putin, langkah itu akan membolehkan penyelesaian berkekalan dicapai serta menjamin kestabilan jangka panjang di rantau berkenaan. - Reuters
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis menegaskan penubuhan negara Palestin sebagai satu perkara prinsip, lapor Anadolu Ajansi.
Membuka mesyuarat di Kremlin bersama Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang tiba di Moscow bagi lawatan rasmi, Putin berkata kedua-dua pemimpin itu telah berulang kali membincangkan konflik Palestin-Israel serta usaha bersama untuk memperbaiki keadaan kemanusiaan di Gaza.
Beliau berkata adalah satu perkara prinsip untuk menyelesaikan isu penubuhan sebuah Negara Palestin yang berfungsi sepenuhnya dan dapat hidup bersama Israel dalam keadaan aman dan selamat. Menurutnya, langkah itu akan membolehkan penyelesaian berkekalan dicapai serta menjamin kestabilan jangka panjang di rantau berkenaan.
Putin turut berkata Rusia memantau rapat perkembangan di Iran susulan ancaman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk melancarkan serangan terhadap Republik Islam itu.
Pemimpin Rusia itu memuji usaha UAE berkaitan krisis Ukraine, termasuk peranannya dalam pertukaran tahanan serta penyediaan platform bagi hubungan diplomatik.
Beliau berkata Rusia amat menghargai peranan tersebut dan berterima kasih kepada Mohamed bin Zayed Al Nahyan secara peribadi kerana memastikan rundingan tiga hala dalam rangka kumpulan kerja keselamatan dapat diadakan di Abu Dhabi minggu lalu serta atas perhatian yang diberikan kepada delegasi Rusia.
Moscow dan Kyiv mengadakan beberapa pusingan rundingan yang dimediasi AS di Abu Dhabi pada 23 dan 24 Jan, bertujuan menamatkan perang di Ukraine.
Sementara itu, Mohamed bin Zayed Al Nahyan berkata UAE komited untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Rusia serta memajukan matlamat pembangunan bersama.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Putin atas keterbukaan Rusia terhadap isu kemanusiaan berkaitan Ukraine, termasuk pertukaran tahanan.
Menurutnya, UAE menyokong kuat penyelesaian politik dan diplomatik terhadap konflik yang boleh menyumbang kepada keamanan dan kestabilan antarabangsa.
Lawatan rasmi Presiden UAE Mohamed bin Zayed Al Nahyan ke Moscow bermula pada Khamis, menurut kenyataan Kremlin.
Sebelum mesyuarat itu, jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menyifatkan UAE sebagai rakan dagang utama Rusia di dunia Arab, sambil berkata hubungan kedua-dua negara berkembang dengan baik dalam hampir semua sektor.
Beliau berkata kedua-dua pihak secara konsisten menunjukkan minat untuk terus memperluas kerjasama.
Peskov menambah bahawa hari itu merupakan hari hubungan Rusia-UAE serta persahabatan antara kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#Palestin
#penubuhan negara
#kemanusiaan
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan