INTERNATIONAL
Putin umum gencatan senjata di Ukraine sempena perayaan Easter
Langkah gencatan senjata sementara itu diumumkan Putin berdasarkan pertimbangan kemanusiaan. - Gambar fail/Anatoly Strebelev
MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin mengisytiharkan gencatan senjata sementara sempena sambutan perayaan Easter di Ukraine.
Menurut media antarabangsa, perkara itu dinyatakan Kremlin menerusi saluran Telegram rasmi pada Sabtu.
Susulan itu, semua operasi ketenteraan akan dihentikan bermula jam 6 petang Sabtu waktu tempatan sehingga tengah malam Isnin.
Ujar kenyataan itu, langkah itu diumumkan Putin berdasarkan pertimbangan kemanusiaan.
Moscow turut menyatakan bahawa mereka mengandaikan pihak Ukraine akan mengambil langkah serupa.
Bagaimanapun, Kyiv masih belum mengeluarkan sebarang maklum balas berhubung cadangan tersebut.
Dalam masa yang sama, tegas kenyataan itu, pasukan tentera Rusia perlu bersiap sedia menghadapi sebarang pelanggaran gencatan senjata serta provokasi atau tindakan agresif daripada pihak lawan.