DUNIA
Putin umum rusia berjaya uji 'Poseidon'
Putin (tengah) bercakap pada sidang media sempena lawatan beliau ke Mandryk Central Military Clinical Hospital, di Moscow, Rusia, 29 Okt 2025. (Foto AP)
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Rabu mengumumkan bahawa negaranya berjaya menguji kenderaan dalam air tanpa pemandu "Poseidon" yang dikuasakan tenaga nuklear, lapor Xinhua.
"Buat kali pertama, kami bukan sahaja berjaya melancarkannya dari kapal selam menggunakan enjin penggalak, tetapi juga mengaktifkan sistem kuasa nuklearnya yang menggerakkan kenderaan itu untuk tempoh tertentu," kata Putin ketika melawat sebuah hospital tentera di Moscow.
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov memberitahu wartawan bahawa "Poseidon" mewakili teknologi baharu sepenuhnya dan merupakan satu langkah penting dalam memastikan keselamatan Rusia.
Beliau berkata bahawa teknologi itu juga boleh dimanfaatkan untuk ekonomi negara bagi tujuan keamanan.
Ujian itu dijalankan mengikut semua peraturan antarabangsa serta perjanjian dua hala yang berkaitan, kata beliau.
-- BERNAMA