Puting beliung: 40 cedera, 10 parah di Jerman

Astro Awani
Mei 21, 2022 01:19 MYT
Bumbung sebuah kilang tercabut susulan keadaan cuaca yang buruk di Paderborn, Jerman, 20 Mei 2022. (Foto AP)
SEKURANG-kurangnya 40 orang cedera dan 10 daripadanya parah selepas puting beliung melanda bandar Paderborn di barat Jerman, pada Jumaat.
Puting beliung itu menerbangkan bumbung, menumbangkan pokok dan membuatkan serpihan terbang sejauh beberapa kilometer.
Pakar meteorologi memberi amaran, hujan lebat dan hujan batu dijangka berlaku di barat dan tengah Jerman pada Jumaat.
Ribut yang melanda menghasilkan tiupan angin sehingga 130 kilometer sejam.
Ribut berkenaan telah menyebabkan gangguan lalu lintas dan pengangkutan awam akibat daripada kerosakan yang berlaku.
Polis menggesa orang ramai untuk tinggal di rumah supaya tidak mengganggu usaha menyelamat atau membahayakan diri mereka sendiri.
#puting beliung #Jerman #bumbung terbang #ribut